Skip to Content
 
Warna Kontra : Hitam Biru Perang Set Semula     Saiz Teks : Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks
Latar Belakang    Biru  Hijau  Merah  Kuning
 
  icon Daftar | Masuk  
header Blog Facebook Twitter RSS
Daftar Masuk

ARTIKEL BANJIR ARTIKEL BANJIR

Artikel Garis Panduan Menghadapi Banjir

 

Situasi Garis Panduan Menghadapi Banjir
Sebelum Banjir
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. 
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan. 
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. 
  • Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan. Sediakan peralatan kecemasan. 
  • Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan

  • Dengar pengumuman dari radio. 
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor. 
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah. 
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air. 
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir - Di Dalam Rumah

  • Dengar pengumuman dari radio. 
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan. 
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir - Di Luar Rumah

  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat. 
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda. 
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. 
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. Jangan minum air banjir.

Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan

  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik. 
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.

Semasa Banjir - Semasa Pemindahan

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah. 
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat. 
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Selepas Banjir

  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. 
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat). Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat. 
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan

  • Pakai kasut. 
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap. 
  • Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. 
  • Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda. 
  • Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

 Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya

  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor. 
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air. 
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam. 
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya). 
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin. 
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan  bahaya biologi. 
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.