Artikel Garis Panduan Menghadapi Banjir
| Situasi | Garis Panduan Menghadapi Banjir |
| Sebelum Banjir | - Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
- Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.
- Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
- Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan. Sediakan peralatan kecemasan.
- Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
|
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan | - Dengar pengumuman dari radio.
- Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
- Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
|
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah | - Dengar pengumuman dari radio.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
|
Semasa Banjir - Di Luar Rumah | - Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. Jangan minum air banjir.
|
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan | - Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
|
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan | - Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
- Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
|
Selepas Banjir | - Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat). Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
|
Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan | - Pakai kasut.
- Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya.
- Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.
- Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
|
Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya | - Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
|