Pengenalan OSC Online
1. Platform ICT
- OSC Online merupakan suatu platform ePenyerahan dan ePemprosesan sepenuhnya menggunakan elektronik.
- OSC Online ini memerlukan pemohon iaitu para professional mengemukakan cadangan pemajuan secara dalam talian terus kepada PBT.
- Proses ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat. Pegawai PBT juga boleh melakukan semakan ke atas permohonan secara dalam talian.
- Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa dari mana-mana tempat.
2. Inisiatif e-Kerajaan
- Inisiatif ini adalah inisiatif eKerajaan di mana data-data dan maklum balas didigital kan untuk kegunaan harian.
- Data-data dan maklumat-maklumat disepadukan untuk memudahkan penggunaan dan rujukan oleh agensi dan kementerian yang berkaitan.
- Sistem ini juga boleh diselaraskan dengan sistem-sistem lain untuk integrasi yang lebih sempurna dan berkesan.
3. Potensi : Menambah baik Sistem Penyampaian
- Tiga (3) objektif utama OSC Online:
- mempertingkatkan kecekapan perjalanan OSC;
- mempertingkatkan keberkesanan pemantauan;
- mempertingkatkan integrasi dan ketelusan.
- Kebaikan OSC Online :
- kurang penggunaan kertas;
- kurang kos penghantaran;
- dalam talian dari mana-mana tempat pada bila-bila masa.