Jabatan Bangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Tel : 604-7332499 Fax : 604-7334377 E-Mel : mbas@mbas.gov.my |
Piagam Pelanggan
- Kelulusan pelan bangunan akan diberikan dalam tempoh 12 minggu.
- Kelulusan pelan jalan & parit, pembentungan, kerja tanah akan diberikan dalam tempoh 9 minggu.
- Pengeluaran 'Sijil Layak Menduduki Bangunan' ( CFO ) akan dibuat dalam tempoh 2 minggu setelah semua dokumen lengkap dikemukakan.
- Kelulusan pelan kerja-kerja pembaikan, pindaan atau tambahan bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu setelah semua dokumen dan pelan yang dikemukakan lengkap dan seterusnya tidak dirujuk kepada Jabatan Teknikal.
Komponen Jabatan
Jabatan Bangunan dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:
- Bahagian Bangunan Baru
- Bahagian Kawalan Bangunan
- Bahagian Arkitek
Fungsi Bahagian Bangunan Baru
- Memeriksa dan memproses untuk kelulusan semua pelan bangunan yang dipermasukkan oleh pemaju bagi memastikan kehendak dan keperluan Undang-undang yang berkaitan.
- Memeriksa dan memproses pelan jalan dan parit dengan kerjasama Jabatan Teknikal seperti JKR dan JPS untuk memastikan keperluan teknikal dipatuhi.
- Memeriksa dan memproses pelan bagi sistem sanitary najis dan peralatan kebersihan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
- Memeriksa tapak pembinaan dan kemajuan kerja pembinaan untuk dipastikan pembinaan yang dijalankan mengikut syarat-syarat kejuruteraan yang telah diluluskan.
- Memeriksa bangunan, sistem jaringan jalan dan parit dan yang berkaitan dengan infrastruktur bagi tujuan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan.
- Memberi bantuan nasihat secara teknikal, kepada pemaju berkaitan dengan pembinaan bangunan, jalan/parit dan pembetungan najis sejajar dengan berbagai keperluan/dasar/polisi majlis.
- Merancang, memanggil, tawaran, menyelaras, menyelia dan menyelenggara projek-projek khas yang dijalankan oleh Majlis.
- Mengawasi kerja-kerja tambun tanah dengan kerjasama Bahagian Undang-undang Majlis, selaras dengan Undang-Undang Kecil Kerja Tambun Tanah.