MENU

Bahagian undang-undang MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS Jalan Kolam Air 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7349293
Fax : 604-7320622
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

LATAR BELAKANG

Bahagian Undang-Undang MBAS diwujudkan dengan fungsi utamanya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang diperuntukan kepada Majlis di samping menggubal undang-undang dan peraturan baru mengikut keperluan semasa. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang yang bertindak sebagai Ketua Bahagian dan bertanggungjawab secara keseluruhannya ke atas unit-unit di bawah pentadbirannya. Unit-unit di bawah pentadbiran Bahagian Undang-Undang adalah:

a)Unit Pentadbiran
b)Unit Pendakwaan
c)Unit Penggubalan

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Memberi khidmat nasihat kepada majlis berkaitan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai.
  • Menyemak, mengkaji dan meminda undang-undang kecil yang digunapakai oleh majlis.
  • Menggubal undang-undang kecil yang baru untuk digunapakai oleh majlis.
  • Menyediakan dokumen perjanjian  yang dibuat antara majlis dan pihak berkenaan.
  • Mengambil tindakan pendakwaan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang majlis.

UNDANG-UNDANG KECIL

Undang-undang kecil dan perintah yang digunakan oleh MBAS adalah seperti berikut :

  1. UUK Pelesenan Tempat Letak Kenderaan Persendirian (MBAS) 2011 ( T.W.: 10 MEI 2012 ).
  2. UUK Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing ) MBAS 2011 ( T.W: 18 OGOS 2011)
  3. UUK Hotel ( MBAS ) 2010 ( T.W: 7 JULAI 2011)
  4. UUK Iklan (MBAS) 2010 ( T.W: 31 MAC 2011 – KPU 19 )
  5. UUK Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBAS)  2010 ( T.W:  31 MAC 2011 - KPU 20
  6. UUK Haiwan Merayau (MBAS) 2010 ( T.W: 3 MAC 2011 - KPU 13 )
  7. UUK  Pelesenan Penjaja dan Gerai (MBAS) 2010 ( T.W : 3 MAC 2011 – KPU – 12 )
  8. UUK (Taman) PBT Negeri Kedah (Pindaan) 2007 ( T.W: 25 OKTOBER 2007)
  9. UUK Kerja Tanah (MPKS) 1991 ( T.W : 28 NOVEMBER 1991 – KPU 36 )
  10. UUK Vandalisme (MPKS) 1991 ( T.W : 1 NOVEMBER 1992 – KPU 21 )
  11. UUK Rumah Urut (MPKS) 1991 ( T.W : 9 APRIL 1992 – KPU 1 )
  12. UUK Tandas Awam (MPKS) 1990 ( T.W : 15 NOVEMBER 1990 – KPU 7 )
  13. UK Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) MPKS 1990 ( T.W : 11 OKTOBER 1990 – KPU 15 )
  14. UUK Pasar MPKS 1989 ( T.W : 19 OKTOBER 1989 – KPU 20 )
  15. UUK Perlesenan Establisymen Makanan (MPKS) 1989 ( T.W : 29 JUN 1989 – KPU 15 )
  16. UUK Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPKS) 1989 ( T.W : 29 JUN 1989 – KPU 16 )
  17. UUK Jalan, Parit dan Bangunan (Mengkompaun Kesalahan) MPKS 1989 ( T.W : 29 JUN 1989 – KPU 13 )
  18. UUK  Bangunan (Bayaran-Bayaran) MPKS 1988 ( T.W : 16 NOVEMBER 1989 – KPU 21 )
  19. UUK Bangunan (Caj Pembersihan Tangki Najis dan Tangki Imhoff) MPKS  1988 ( T.W : 7 NOVEMBER 1989 – KPU 18 )
  20. UUK Bangunan (Kemudahan Tempat Letak Kenderaan Bagi Pawagam,  Panggung-panggung  dan Bangunan Besar Yang Lain) MPKS 1988. ( T.W : 29 JUN 1989 – KPU 12 )
  21. UUK Bangunan Seragam 1984 ( T.W: 19 JUN 1986 Jil.29 Bil 13 )
  22. UUK (Mengkompaun Kesalahan) PBT Negeri Kedah 1983 ( T.W : 12 MEI 1983 – KPU 5 )
  23. UUK (Pemungutan, Pembuangan dan Perlupusan  Sampah Sarap) PBT  Negeri Kedah 1983.( T.W : 12 APRIL 1984 – KPU 6 )
  24. UUK Kolam Renang (MPKS) 1983 ( T.W : 1 MAC 1984 – KPU 4 )
  25. UUK Mencegah Kekotoran, PBT Negeri Kedah 1983 ( T.W : 1 MAC 1984 – KPU 3 )
  26. UUK (Larangan Merokok Dalam Panggung) Negeri Kedah ( T.W : 3 OGOS 1978 – KPU 19 )
  27. Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Kota Setar  (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ( T.W : 3 FEBRUARI 1994 – KPU 1 )

ENAKMEN

  1. Enakmen Majlis Bandaraya Alor Setar 2003 (Enakmen 16) (Disemak 2012) ( T.W : 26 April 2012 )