MENU

Pejabat MBAS,
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.
Tel : 604-7332499
Fax : 604-7320622
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

PIAGAM PELANGGAN

a. Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 15 minit.
b. Memastikan bil-bil cukai pintu diserahkan ke alamat premis selewat-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua.
c. Pembayaran segala bil, invois serta pesanan tempatan adalah berlandaskan kedudukan kewangan Majlis.

MISI & VISI JABATAN

MISI

Untuk meletakkan Majlis di suatu tahap kedudukan kewangan yang teguh dan stabil bagi mentadbir dan melaksanakan pembangunan dengan cekap dan berkesan

VISI

Untuk mencapai kecemerlangan sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan ekonomi Pihak Berkuasa Tempatan.

Komponen Bahagian Jabatan Kewangan

Bahagian Pentadbiran
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Hasil
Bahagian Akaun, Bayaran & Belanjawan

Fungsi Bahagian Pentadbiran/Gaji

  • Bertanggungjawab terhadap pembayaran semua jenis perbelanjaan Majlis termasuk  emolumen, elaun dan potongan-potongan gaji,
  • Perekodan surat, memo dan aduan,
  • Penyimpanan sistem fail dan dokumen jabatan,
  • Penyediaan dan pengurusan mesyuarat luaran dan dalaman berkaitan Jabatan,
  • Pengurusan stor dan bilik fail,
  • Penyediaan laporan/ kertas kerja,
  • Penyimpanan dan pemakluman pekeliling-pekeliling terkini,
  • Pengurusan kakitangan jabatan – cuti, kebajikan, latihan, kursus dan lain-lain,
  • Pengurusan perlindungan insuran untuk kakitangan Majlis dan Ahli Majlis,
  • Mengurus aktiviti bahagian dan perhubungan awam,
  • Memelihara persekitaran ruang pejabat jabatan,
  • Mengurus kenderaan jabatan.

Fungsi Bahagian Hasil

  • Bertanggungjawab menerima semua bayaran hasil Majlis dan memastikan ianya terkawal
  • Menyemak kod-kod terimaan, resit pembayaran, penyata pemungut harian, audit roll dan penyata bil setempat
  • Menyelenggara lebih kurang 80000 akaun taksiran, lesen, sewaan dan lain-lain
  • Menguruskan penghantaran bil-bil cukai taksiran dan lot kosong pada awal Januari dan pertengahan bulan Jun setiap tahun
  • Menyemak dan menyelaras rekod-rekod penghutang Majlis
  • Bertanggungjawab mengutip tunggakan cukai pintu serta mengemaskini rekod-rekod Bahagian Penilaian dan Unit Terimaan Hasil supaya selaras
  • Mengklasifikasikan penyerahan notis mengikut dasar-dasar yang diluluskan oleh Majlis
  •  Melaksanakan penyerahan Notis E dan tindakan mensita harta alih bagi pegangan yang tidak menjelaskan tunggakan
  • Mengadakan perbincangan dengan pemilik untuk kes-kes ansuran dan menyediakan laporan pemantauan untuk setiap tindakan yang dilakukan di dalam menangani tunggakan cukai
  • Mengemaskini rekod pegangan dengan serta-merta bagi membolehkan tindakan diambil
  • Memantau dan mengambil tindakan susulan (Follow-up) ke atas penghutang-penghutang cukai pintu yang tertunggak
  • Memantau dan mengawal semua proses terimaan hasil di lain-lain Bahagian Majlis
  • Menyediakan laporan bulanan dan tahunan untuk kutipan hasil-hasil Majlis kepada Pihak Pengurusan
  • Pemantauan kutipan hasil Majlis agar telus dan tidak berlaku kebocoran
  • Mengawal pemantauan kutipan hasil bahagian selaras dengan anggaran belanjawan yang diisytiharkan oleh bahagian

Fungsi Bahagian Akaun

Unit Bayaran Dan Belanjawan

  • Menentukan segala pembayaran yang dibuat adalah teratur di dalam lingkungan peruntukan yang telah diluluskan,
  • Memastikan pembayaran adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan mengikut arahan ketua jabatan, pekeliling dan akta yang ditetapkan,
  • Bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,
  • Menyediakan serta menyelenggarakan maklumat-maklumat anggaran belanjawan untuk semakan dan pelaporan,
  • Bertanggungjawab memproses pengeluaran pesanan kerajaan (L/O) untuk bahagian dan jabatan MBAS,
  • Bertanggungjawab terhadap kawalan perbelanjaan, vot dan tanggungan Majlis,
  • Bertanggungjawab memproses permohonan peruntukan KEW 1,
  • Bertanggungjawab memproses permohonan pindahan peruntukan viremen. 

Unit Akaun

  • Bertanggungjawab menyediakan penyata hasil dan perbelanjaan (mengurus dan pembangunan), penyata aliran wang tunai dan penyata tunggakan hasil,
  • Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan tahunan pada akhir setiap tahun untuk diaudit sebelum 30hb Jun setiap tahun,
  • Memastikan setiap rekod daftar, buku tunai, lejar, jurnal dan penyata kewangan adalah kemaskini untuk diserahkan kepada juruaudit,
  • Memproses cek-cek untuk pembayaran dan berhubung terus dengan bank yang berkaitan bagi memastikan penyata penyesuaian bank adalah kemaskini,
  • Mengurus pelaburan simpanan tetap dan pinjaman dari institusi-institusi  Kewangan.