MENU

Bahagian Bekalan & Kontrak telah ditubuhkan dan berkuatkuasa pada 15 Mac 2009.

Bahagian Bekalan & Kontrak asalnya daripada Bahagian Ukur Bahan di bawah Jabatan Kejuruteraan. Bahagian Ukur Bahan telah diwujudkan pada 2 Februari 2001 dengan seorang Jurukur Bahan yang dilantik secara tetap.

Pengambilan kakitangan sokongan hanya bermula pada 1 Januari 2002 dengan pengambilan seorang Penolong Jurukur Bahan Gred 29 dan 2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred 17 bagi membantu Jurukur Bahan menjalankan proses kerja pentadbiran dan teknikal.

Pada 9 Februari 2010, terdapat pertambahan kakitangan di Bahagian Bekalan Bekalan & Kontrak. Seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred 22, seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred 17 dan seorang Pekerja  Awam Gred R1. Pada 02 Oktober 2011, pertambahan 3 orang kakitangan iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.

Sehingga kini kakitangan pada tahun 2012 telah berjumlah 9 orang melibatkan seorang pegawai Pengurusan & Profesional dan 8 orang pegawai tetap sokongan dengan pembahagian tugas kepada 3 unit utama iaitu :

  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Kontrak
  3. Unit Perolehan & Stor

Namun begitu, untuk memenuhi keperluan tersebut sebanyak 6 jawatan ingin ditambah pada tahun 2013. Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti berikut :

i)       Penolong Jurukur Bahan (J29)                    -           1 orang

ii)      Juruteknik Ukur Bahan (J17)                       -           2 orang

iii)     Penolong Pegawai Tadbir (N27)                  -           1 orang

         v)      Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)(N17)  -           2 orang