MENU

Pegawai Keselamatan ICT MBAS (ICTSO)

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) bagi MBAS ialah Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, MBAS. Peranan dan tanggungjawab ICTSO yang dilantik adalah seperti berikut:

  1. Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT MBAS;
  2. Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT MBAS;
  3. Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT MBAS kepada semua pengguna;
  4. Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MBAS;
  5. Menjalankan pengurusan risiko;
  6. Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan   MBAS   berdasarkan   hasil   penemuan   dan menyediakan laporan mengenainya;
  7. Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
  8. Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
  9. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT), MBAS dan ICTSO memaklumkannya kepada CIO;
  10. Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; dan
  11. Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.
  12. Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.
 
Last Update: Sunday, 23 September 2018 - 9:02am