Perkhidmatan Sewa Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Star
Dewan Besar MBAS terletak di Tingkat 7, Menara MBAS, Jalan Kolam Air. Dewan ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sosial seperti majlis perkahwinan, jamuan, mesyuarat, majlis perasmian dan lain-lain lagi. Semua kelengkapan untuk majlis seperti kerusi meja dan pentas ada disediakan dan akan disusun mengikut kehendak penyewa dan mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.
Kemudahan yang disediakan :
1. Hawa Dingin
2. Bilik VIP
3. Bilik Hidangan
4. Permaidani Kenamaan Merah / Kuning
5. Kerusi Banquet
6. Meja Bulat
7. Meja Panjang / Skirting
8. Sofa / Meja Kopi
9. Rostrum
10. PA System
11. Platform
Kadar Bayaran Sewaan Dewan Besar MBAS
-
- Kadar bayaran sewaan bagi 4 jam pertama - RM 1,800.00 (Termasuk peralatan: kerusi, meja, sofa, PA system, rostrum dan permaidani merah).
- Kadar bayaran sewaan bagi setiap satu jam berikutnya - RM 450.00
- Bayaran pertaruhan kebersihan sebanyak - RM 500.00
- Lain-lain kemudahan:
Bilik Tetamu Kenamaan VVIP 1 |
Khas untuk KDYMM Tuanku Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar dan VIP sahaja |
Bilik Tetamu Kenamaan VVIP 2 |
RM 500.00 sekali guna |
Penggunaan hawa dingin semasa raptai (rehearsal) |
RM 150.00 sejam |
Syarat-syarat Penggunaan Dewan Besar MBAS
-
- Penyewa mestilah megisi borang permohonan yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta di Tingkat 9, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Star.
- Bayaran sewaan dan deposit RM 500.00 hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan dewan.
- Penyewa mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan luar Dewan Besar MBAS semasa & selepas penggunaan.
- Pihak MBAS berhak membatalkan penggunaan Dewan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Penyewa dilarang keras mengadakan majlis tari menari dan membawa masuk sebarang makanan / minuman yang haram di sisi agama Islam serta merokok di dalam dewan.
- Penyewa dilarang memasak di dalam dewan atau melakukan perkara yang boleh merosakkan / mengotorkan dewan.
- Sebarang syarat-syarat & peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MBAS.
- Peringatan: Pihak MBAS tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa penyewaan dan harta benda pengguna semasa menggunakan dewan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
En. Zamzama Bin Mohd
Ketua Bahagian Pengurusan Harta
Talian Sambungan : 226
Talian Terus : 04-7349594 / 019-5415400
Pn. Aida Binti Azizon
Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi
Talian Sambungan : 235
Talian Terus : 04-7303671 / 017-4161548
Bhg. Pengurusan Harta
Tingkat 9 Menara MBAS
Jalan Kolam Air,05675 Alor Setar,Kedah.