HRMIS adalah salah satu projek di bawah Aplikasi Perdana Projek Kerajaan Elektronik. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku agensi pusat yang bertanggungjawab ke atas dasar sumber manusia perkhidmatan awam telah dipilih sebagai agensi utama bagi menerajui pelaksanaan projek ini. HRMIS telah dibangunkan berasaskan web (web-based) dan boleh dicapai melalui internet. Walau bagaimanapun, berdasarkan polisi keselamatan kerajaan semua aplikasi di bawah Projek Kerajaan Elektronik perlu menggunakan rangkaian EG*Net.
Kini, sistem HRMIS ini digunapakai sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
