MENU

Fungsi Bahagian Pembangunan & Kerja Am

  1. Membantu Jurutera di dalam kerja-kerja yang berkaitan.
  2. Melakukan kerja merancang keperluan projek pembangunan.
  3. Menyediakan kerja siasatan kesesuaian tapak dan persiapan yang perlu disediakan.
  4. Menyediakan lukisan kerja serta butiran pelan untuk projek-projek Majlis.
  5. Menyedia dan menaip dokumen tender dan sebutharga.
  6. Melakukan kerja mencetak pelan (plan printing).
  7. Membuat anggaran kos projek pembangunan sosio-ekonomi, infrastruktur dan penyelenggaraan.
  8. Menjalankan kerja-kerja siasatan tapak mengenai aduan kerosakan untuk kerja-kerja pembaikan.
  9. Menyediakan dokumen perjanjian kontrak untuk kerja-kerja tender dan sebutharga.
  10. Menjalankan kerja-kerja pengawasan, pemeriksaaan dan kelulusan sebelum sesuatu projek dimulakan atau dibaiki.
  11. Melakukan penilaian peratus kemajuan kerja sesuatu projek untuk pembayaran kemajuan
  12. Menyediakan laporan dan butir-butir untuk pembayaran kemajuan dan penyelenggaraan pembaikan.
  13. Melakukan kerja penyerahan peralatan dan bangunan.
  14. Menghadiri mesyuarat jabatan dan mesyuarat bulanan di tapak projek mengikut arahan jurutera.

 

Fungsi Bahagian Jalan & Lalulintas
Selaras dengan pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan juga Akta Pengangkutan Jalan 1987, fungsi utama Bahagian adalah seperti berikut :-

  1. Kawalan dan pengawasan pembangunan jalan.
  2. Mengkaji sistem lalulintas dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai
  3. Melaksanakan dan menyelenggara projek-projek Majlis di dalam pengkhususan jalan dan lalulintas.
  4. Menyelenggara jalan-jalan dan perabot jalan Taman Perumahan di seluruh kawasan perkhidmatan Majlis Bandaraya Alor Star
  5. Mengawal aktiviti di atas rezab jalan dan jalan terhadap :
  • Pengorekan jalan
  • Pembinaan bonggol jalan dalam taman perumahan
  • Halangan terhadap lalulintas
  • Pencemaran jalan

 

Fungsi Bahagian Parit & Saliran

  1. Bahagian Parit & Saliran bertanggungjawab dalam menguruskan pembaikan ke atas kerosakan aset-aset Majlis. Perlaksanaan kerja-kerja pembaikan berkenaan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik Majlis melalui proses tender, sebutharga dan pesanan terus.

 

Fungsi Bahagian Mekanikal & Elektrikal
Bahagian Mekanikal & Elektrikal merupakan salah satu dari unit-unit di Bahagian Penyelenggaraan yang berperanan di dalam menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan bidang mekanikal dan elektrikal. Fungsi Bahagian :

  1. Menguruskan pembelian kenderaan, jentera dan mesin baru.
  2. Membaiki kenderaan yang rosak.
  3. Membaiki unit-unit elektromekanikal.
  4. Menyediakan inventori kenderaan untuk tujuan hapuskira.
  5. Menyediakan pengangkutan untuk segala aktiviti Majlis.
  6. Pengeluaran harian minyak diesel dan petrol untuk kenderaan-kenderaan Majlis.
  7. Memastikan semua kenderaan digunakan dengan sempurna.
  8. Menyelenggara rumah pam milik MBAS.
  9. Menyelaras dan mengawal pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta khususnya dalam menyediakan perkhidmatan mekanikal.
  10. Menyelenggara bengkel MBAS Mergong.
  11. Menyelenggara lampu jalan dan kerja elektrik aset Majlis (kecuali Kompleks MBAS).
  12. Bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan mengawal pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta khususnya dalam menyediakan lampu jalan di taman perumahan.
  13. Merancang , mengkaji dan memberi khidmat teknikal dalam menguruskan projek pembangunan.
  14. Pemasangan lampu jalan dan lampu-lampu hiasan sempena perayaan dan keceriaan malam.
  15. Menyelenggara dan membaiki kerosakan peralatan eletrikal di premis-premis Majlis.