MENU

Fungsi Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan

Penguatkuasaan adalah satu tindakan undang-undang oleh kerajaan, agensi kerajaan, badan berkanun dan penguasa tempatan terhadap pelaku kesalahan.

Jawatan Penguatkuasa diwujudkan pada tahun 1971 dan kini diletakkan dibawah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS. Tugas utama mereka ialah di bahagian tempat letak kereta dan penjaja.

 

Tugas Penguatkuasa

  • Menjalankan tugas mengikut arahan secara berkumpulan di zon yang ditetapkan.
  • Mengawasi pasar-pasar Majlis pada hari Cuti Minggu dan Cuti Am.
  • Menjalankan operasi-operasi Majlis yang diarahkan oleh Bahagian Undang-Undang.
  • Menyerahkan laporan harian Buku Laporan Penguatkuasa (Buku Hijau) setiap hari Khamis

 

Komponen Bahagian

Bahagian ini dibahagikan kepada 5 unit kecil mengikut tugas/aktiviti masing-masing seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Perniagaan
  2. Unit Tempat Letak Kereta
  3. Unit Perkhidmatan Bandar, Taman & Rekreasi
  4. Unit Kesihatan Awam
  5. Unit Pentadbir & Pengiring