MENU
  • BAHAGIAN PENTADBIRAN
  • Memastikan pengendalian Mesyuarat Tetap dan Majlis Penuh dilaksanakan bermula 7 hari sebelum mesyuarat sehingga 7 hari selepas mesyuarat.
  • Memastikan penyelenggaraan telah lengkap dilaksanakan dalam tempoh 10 hari selepas pengesahan Ketua Bahagian.
  • Memastikan pengumpulan semula borang Kajian Kepuasan Pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh edaran.

         BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan digunapakai dan yang diperuntukan kepada Majlis.
  • Menggalakkan masyarakat berperaturan dan tertib dalam semua alktiviti.
  • Meninggikan mutu perkhidmatan dan imej bahagian.
  • Memastikan pegawai penguatkuasa tidak menyalahgunakan kuasa yang diberi.
  • Memastikan penyelesaian dapat di buat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.

    BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memastikan 80% kerosakan ICT yang tidak melibatkan alat ganti ditangani dan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh borang kerosakan yang lengkap diterima oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
  • Memastikan 90% permohonan pembangunan Sistem Aplikasi Baru atau cadangan peningkatan yang diterima dari jabatan/pengguna dibuat kajian.

         BAHAGIAN AKAUN, BAYARAN DAN BELANJAWAN

  • Pembayaran kepada pembekal atau kontraktor adalah dalam tempoh (7) hari dari tarikh aktiviti no.6 iaitu penyediaan bayaran secara EFT.
  • Penyediaan belanjawan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk kelulusan Kerajaan Negeri Kedah adalah pada atau sebelum 31 Ogos tahun semasa tertakluk kepada Pekeliling atau arahan daripada SUK.

    BAHAGIAN HASIL
     

  • Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan dilayan tidak lebih 15 minit pada waktu biasa dan 30 minit pada waktu puncak.
  • Memastikan bil-bil cukai taksiran diserahkan ke alamat premis selewat-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua.
  • Tindakan sitaan dibuat 15 hari selepas Notis E dikeluarkan sehingga pegeluaran Notis E penggal berikutnya.