Matlamat
 

MATLAMAT

 

Hala tuju Majlis Bandaraya Alor Setar berfokuskan : 

 

 

 

Sejak di naiktaraf sebagai Bandaraya Alor Setar, matlamat MBAS adalah tidak jelas.  Tidak keterlaluan jika dinyatakan Matlamat MBAS belum tertulis secara rasmi dalam mana-mana dokumen rasmi atau dibentang maklum kepada majlis penuh.  Fakta ini menjadi suatu titik perdebatan dikalangan warga MBAS.  Sesetengah pihak menyatakan, tiada Matlamat MBAS melainkan Matlamat MPKS.  Semakan yang dilakukan dalam cabutan-cabutan minit mesyuarat sejak tahun 2003 menunjukkan tiada dokumen rasmi mencatatkan Matlamat MBAS.

 

 

 

Walau bagaimanapun  Matlamat MBAS, hanya tertulis setelah keujudan beberapa dasar MBAS seperti Pelan tindakan 5 Tahun Kualiti, Pelan Strategik MBAS, dan Rancangan Tempatan.  Keadaan ini menimbulkan kekeliruan masyarakat kerana Matlamat MBAS ini tidak sama antara satu dokumen dengan dokumen yang lain.   Ketidaksamaan ini mencetuskan kebimbangan ‘hala tuju’ MBAS, biarkan sesetengah jabatan/bahagian telah mengujudkan matlamat masing-masing.

 

 

 

Pembentukan matlamat adalah berpaksi kepada Visi dan Misi Majlis Bandaraya Alor Setar.  Berdasarkan kepada Analisis SWOT MBAS dan rekod pencapaian sedekad MBAS, berikut adalah cadangan 10 matlamat untuk mencapai Visi dan Misi MBAS mulai 2011.  Setiap matlamat tersebut mempunyai objektif khusus, iaitu dalam bentuk yang boleh diukur pencapaiannya.   Pencapaian setiap objektif bergantung kepada pelaksanaan strategi dan tindakan di jabatan/bahagian di MBAS. Sepuluh matlamat tersebut adalah seperti berikut :-

 

 

Matlamat 1

:

Melahirkan warga MBAS yang berkualiti, berdaya saing, dan berusaha untuk terus maju;

 

 

 

Matlamat 2

:

Memperkasakan warga MBAS dengan penguasaan kemahiran, teknologi, kualiti pengurusan, dan sahsiah diri;

 

 

 

Matlamat 3

:

Menjadikan MBAS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang, terkemuka, dan bertaraf 5 Bintang;

 

 

 

Matlamat 4

:

Memperkasakan  Bandaraya Alor Star sebagai bandar raya maju, mampan, selamat, dan sejahtera untuk warga penghuninya;

 

 

 

Matlamat 5

:

Memperkasakan tadbir urus Majlis Bandaraya Alor Setar;

 

 

 

Matlamat 6

:

Bertindak profesional dalam merancakkan pembangunan     bandaraya dan memelihara  alam sekitar ;

 

 

 

Matlamat 7

:

Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik;

 

 

 

Matlamat 8

:

Menjana, memperkukuh, dan memantapkan hasil Majlis;

 

 

 

Matlamat 9

:

Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan kesejahteraan penduduk;

 

 

 

Matlamat 10

:

Mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis.

Bookmark and Share
Paparan : 3014
Tarikh Akhir Dikemaskini : 01 April 2011