MENU

Komponen Jabatan
Jabatan Kejuruteraan dibahagikan kepada 6 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pembangunan & Kerja Am
  • Bahagian Jalan & Lalulintas dan Perparitan
  • Bahagian Mekanikal & Elektrikal
  • Unit Pentadbiran

 

Objektif

  • Merancang, mengurus, memantau,dan melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur bandaraya Alor Star dengan jayanya bagi menghasilkan projek yang berkualiti, berfaedah dan meningkatkan keselesaan warga kota dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memastikan kerja perolehan, bekalan dan perkhidmatan diagih kepada pembekal dan kontraktor dengan mengambil kira kos untuk nilai setara wang.
  • Mereka bentuk secara pratikal dengan kos yang ekonomik dan berkualiti yang terbaik dan menyyiapkan dlam tempoh yang ditetapkan.
  • Mengambil tindakan pada aduan-aduan dan arahan-arahan bagi pembaikan pada aset-aset Majlis yang berkaitan dengan ativiti Jabatan Kejuruteraan.
  • Kawalan dan pegawasan sistem lalulintas di dbawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Alor Star.
  • Membantu agensi swasta dan kerajaan bagi kawalan dan pengawasan perlaksanaan sesuatu projek dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Star.
  • Penguatkuasaan terhadap pengorekan jalan tanpa kebenaran dan pembinaan bonggol jalan dalam taman perumahan tanpa kebenaran.
  • Membuat perancangan pembelian kenderaan majlis berdasarkan keperluan Jabatan pengguna dalam Majlis Bandaraya Alor Star dan memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik.
  • Menjalankan kerja penyelenggaraan ke atas aset-aset Majlis termasuk medan selera, pasar, bangunan arked, pejabat, setor MBAS dan perhentian bas dalam Kawasan Bandaraya Alor Star.
  • Merancangan, mengelola projek dan menyediakan kertas kerja bagi memohon peruntukan dari kerajaan Persekutuan melalui Peruntukan BP. 1 dan BP. 6 dari KPKT dan Kerajaan Negeri melalui peruntukan Tahap serta melaporkan kembali status kedudukan projek.

 

 

Misi & Visi 

Visi
Memastikan pembangunan fisikal dilaksanakan selaras dengan Fungsi jabatan ke arah merealisasikan inspirasi Majlis bandaraya Alor Star

Misi
Amalan kecemerlangan Pengurusan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik akan menjadi budaya kerja kami dengan bersikap amanah, cekap, teliti, menghargai kualiti dan menjamin kos yang optimum

 

Piagam Pelanggan

  1. Komited untuk mengambil tindakan dalam masa 6 minggu untuk membaikpulih longkang-longkang dan sistem perparitan berdasarkan kepada aduan yang diterima setelah mendapat kelulusan pentadbitran.
  2. Komited bagi mengambil tindakan segera pada aduan yang diterima berkaitan kerosakan infastruktur parit, jalan dan aset-aset Majlis dengan memberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari.
  3. Komited bagi memastikann setiap penutupan jalan akan diumumkan kepada media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan pembaikan dan memastikan papan tanda keselamatan yang secukupnya serta jelas.
  4. Komited untuk memberi ulasan jabatan, khidmatan nasihat berkaitan pembangunan jalanraya, bangunan dan permohonan lampu jalan dalam tempoh 14 hari.
  5. Komited untuk memberi ulasan pada permohonan pelan parit dan jalan dalam tempoh 14 hari.
  6. Komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh 28 hari bagi penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan aset-aset Majlis yang melibatkan yang Jabatan Kejuruteraan.