MENU

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

 

Komponen Jabatan

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

1. Bahagian Perkhidmatan Bandar

2. Bahagian Pelesenan

3. Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja

4. Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan

5. Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran

6. Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Pelesenan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan kerja-kerja berkaitan sosial kemasyarakatan dan menjana hasil kepada Majlis. Di antara kerja-kerja sosial adalah seperti mengawal kacau ganggu, pencemaran, haiwan merayau disamping kesihatan sosial seperti kawalan wabak dan juga kawalan mutu makanan. Kutipan hasil kepada Majlis adalah melalui kutipan hasil daripada Lesen Tred, Iklan, Sewa Pasar dan lain-lain.

  1. Merancang segala aspek mengenai perlesenan premis tred dan perindustrian dan kawalan kualiti makanan
  2. Pemeliharaan taraf kebersihan dan taraf kesihatan ruang / tempat perniagaan
  3. Menentukan semua perniagaan mempunyai lesen premis
  4. Menyelaras aktiviti kawalan kualiti makanan dan pencemaran alam sekitar
  5. Menguruskan kualiti perkhidmatan bahagian
  6. Mengawal serta mengambil tindakan terhadap premis / peniaga tanpa lesen
  7. Memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan di tempat yang diluluskan
  8. Memperluaskan skop perlesenan bagi meningkatkan pulangan hasil

Bahagian Kesihatan Persekitaran bertanggungjawab terhadap pengurusan aktiviti kutipan hasil pelbagai jenis lesen seperti berikut:

  • Lesen Tred
  • Lesen Pasar / Sewa
  • Lesen Iklan / Kebenaran Sepanduk / Paparan Iklan

Antara bidang tugas lain yang bukan bentuk hasil adalah dari segi keselamatan sosial, kesihatan dan ketenteraman awam khasnya yang berada dibawah kawalan kawasan perkhidmatan Majlis seperti:

  • Menubuhkan 'Unit Vektor' untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh nyamuk
  • Kawalan mutu makanan untuk memastikan kualiti makanan yang dipasarkan untuk orang ramai adalah selamat
  • Haiwan merayau adalah antara tugasan yang akan melibatkan pegawai penguatkuasa dan pekerja am bagi tujuan menagkap haiwan yang merayau yang boleh menyebabkan kacauganggu kepada orang awam
  • Menghapuskan kacauganggu dan halangan lain yang boleh mnyebabkan gangguan bising, pencemaran dll.