MENU

Kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam pasaran

1. ASPEK BAHAYA KESIHATAN

  • Kandungan mikrobiologi
  • Pencemaran industri dan alam sekitar
  • Residu racun perosak
  • Aditif makanan
  • Bahan asing
  • Residu dadah

2. ASPEK PENIPUAN

  • Mutu makanan
  • Label bungkusan makanan
  • Iklan makanan
  • Akuan

 

Panduan Membeli Makanan Bekaleng

1. SEBELUM MEMBELI
Elak dari membeli makanan-makanan yang berkeadaan seperti:

  • Kemek yang teruk
  • Karat atau kakisan yang meluas
  • Bonjol atau menggelembung
  • Bocor atau berlubang
  • Tanda atau tompok hitam

2. SEBELUM MEMAKAN
Elak dari memakan makanan-makanan yang berkeadaan seperti :

  • KELIHATAN berbuih, pekat, berkulat atau berdadih
  • BERBAU busuk dan masam
  • RASA tangik, pahit dan berlainan dari biasa

 

Apakah hak anda sebagai pengguna?

  • Pastikan makanan yang anda beli berkualiti, bersih dan bermutu.
  • Pastikan makanan berkaleng tidak berkarat, menggelembung atau kemek.
  • Pastikan makanan yang dijual mempunyai tarikh luput.
  • Pastikan botol-botol minuman keras atau tin-tin/botol-botol minyak masak tidak diguna semula untuk mengisi makanan.
  • Elakkan dari membeli makanan yang mana pembalut atau bungkusannya telah pecah ataupun terbuka.

 

Tindakan anda sebagai pengguna
Sekiranya anda ingin membuat aduan, sila nyatakan butiran berikut :

  • Nama Pengadu
  • Alamat
  • Jenis Makanan
  • Tempat Dibeli
  • Resit Pembelian
  • Tarikh Pembelian
  • Masa Pembelian
  • Saksi (jika ada)

 

Fungsi Bahagian Perlesenan
Bahagian Perlesenan dipertanggungjawab dalam hal perlesenan dan kawalan perniagaan berkaitan dengan makanan didalam kawasan pentadbiran MBAS. Bahagian ini mengeluarkan serta mengendalikan lesen-lesen seperti Lesen Penjaja, Lesen Kedai Kopi / Makanan, Lesen Gerai, Lesen Rumah Tumpangan, Lesen Kantin, Lesen Establisymen Makanan, Lesen Kedai Runcit serta mengendalikan kutipan sewa bagi Harta-harta Majlis (Bangunan, Gerai dan Petak Penjaja).

  1. Keputusan untuk lesen penjaja akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan.
  2. Keputusan permohonan lesen perniagaan makanan akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan.
  3. Keputusan permohonan sewaan ruangniaga akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberi segala kemudahan/perkhidmatan yang berkaitan dengan perlesenan dari segi mendapatkan lesen baru, memperbaharui lesen, pindahmilik lesen, penyewaan ruangniaga dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan perniagaan yang boleh dilesenkan dibawah Undang-Undang MBAS.

 

Komponen Bahagian

Terdapat ( 2 ) unit utama dalam menyokong fungsi bahagian ini:

  1. Unit Establisymen Makanan
  2. Unit Perniagaan Kecil.

 

Unit Establisymen Makanan

Unit Kedai Makanan

  • Memproses permohonan lesen kedai makanan dan minuman.
  • Memproses permohonan ubah milik lesen Kedai Kopi/Makanan.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen Kedai Makanan.
  • Memproses permohonan lesen Rumah Tumpangan.
  • Memproses permohonan ubahmilik lesen Rumah Tumpangan.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan lesen Kedai Makanan dan Rumah Tumpangan.

Unit Kilang Makanan

  • Memproses permohonan lesen Kilang Makanan.
  • Memproses permohonan ubahmilik lesen Kilang Makanan.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen Kilang Makanan.
  • Memproses permohonan lesen Kantin.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen kantin.
  • Memproses permohonan lesen Kedai Runcit.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan lesen Kilang Makanan, lesen Kantin dan lesen Kedai Runcit.