MENU

Unit Pelupusan Sisa Pepejal

  • Memastikan perkhidmatan kebersihan sampah sarap dapat diberikan kepada semua pembayar cukai dalam kawasan Majlis.
  • Memastikan semua sisa-sisa pepejal yang dipungut / dikutip dilupuskan dengan mengikut kehendak manual Operasi bagi Kawalan Tapak Pelupusan.
  • Memastikan semua kenderaan yang terlibat dalam operasi Kerja-kerja pungutan dan pelupusan sisa pepejal sentiasa berada dalam keadaan baik.
  • Memastikan tenaga kerja dan peralatan yang diperlukan sentiasa mencukupi.
  • Memastikan semua aduan berhubung perkhidmatan pungutan dan pelupusan sisa pepejal dapat diselesaikan kurang dari 24 jam hari bekerja.
  • Merancang pembangunan tapak pelupusan.
  • Mengawal perjalanan / pengurusan dan mengawal pencemaran di tapak pelupusan.
  • Menyelaras Program Kitar Semula.
  • Merancang sistem kutipan sisa pepejal dan mengawal serta menyelaras kerja-kerja kutipan.

 

Unit Pembersihan Am

  • Memastikan semua kerja-kerja pembersihan parit / longkang, pemotongan rumput, pembersihan sungai / alor dan pembersihan jalan raya dilakukan menurut piagam pelanggan yang ditetapkan.
  • Memastikan tenaga kerja dan peralatan kerja yang diperlukan sentiasa mencukupi dan berkeadaan baik untuk digunakan.
  • memastikan setiap aduan yang diterima berkaitan perkhidmatan pembersihan parit / longkang, pemotongan rumput, pembersihan sungai / alor dan pembersihan jalan-jalan raya dapat diselesaikan dalam jangka masa kurang dari 24 jam hari bekerja.
  • Merancang program pembersihan dan kawalan persekitaran di kawasan perkhidmatan Majlis meliputi:
    • Program Pemotongan Rumput
    • Program Pembersihan Bandar
    • Program Pembersihan Longkang
    • Program Pembersihan Terusan / Sungai
    • Program Pembersihan Jalan
    • Program Pembersihan Tempat-tempat Awam
    • Program Kawalan Pencemaran
    • Program Mengawal Kebersihan Tandas Awam

 

Sampah dan jenis-jenisnya
Terdapat beberapa jenis sampah. Bagi memudahkan anda mengenalinya, kami telah mengklasifikasikannya seperti di bawah :

  • Sampah Domestik
  • Sampah ini adalah hasil atau bahan buangan dari isi rumah. Ini termasuklah sisa makanan, habuk dan debu.
  • Sampah Kebun / Hasil
  • Sampah ini ialah bahan buangan dari persekitaran rumah atau taman yang akan menjejaskan keindahan persekitaran. Sampah ini terdiri daripada ranting pokok, rumput, dahan-dahan kayu dan lain-lain.
  • Sampah Perniagaan / Pejabat
  • Perniagaan / pejabat akan terlibat dengan proses perniagaan, perdagangan dan pengurusan. Bahan buangan dari syarikat seumpama ini ialah kertas, kotak, alat tulis dan fail yang tidak terpakai, stensil dan sebagainya.
  • Sampah Sisa Binaan
  • Kerja-kerja binaan atau pengubahsuaian bangunan akan menghasilkan bahan buangan seperti batu, kayu, simen, paku, besi dan bahan buangan lain.
  • Sampah Perindustrian
  • Hasil atau bahan buangan dari proses perindustrian yang berkemunginannya bertoksik atau tidak bertoksik akan mencemarkan alam sekitar.

 

Cara yang betul membuang sampah

Sampah Domestik/Perniagaan - Masukkan sampah rumah dan perniagaan ke dalam karung plastik dan ikatkannya dengan kukuh. Kemudiannya masukkan ke dalam tong sampah yang sempurna. Bagi penghuni rumah pangsa, buangkan karung plastik yang berisi sampah ke dalam tong sampah berpusat yang disediakan.
Sampah Kebun - Sampah kebun yang kecil dan sedikit seperti rumput, daun-daun dan ranting hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik. Pastikan anda mengikatnya dengan kukuh sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Untuk membuang sampah kebun yang banyak dan berat seperti dahan-dahan kayu, MBAS menyediakan tapak pembunagan sampah seluas lebih kurang 40 ekar.
Sampah Binaan - Setiap kontraktor yang terlibat dengan kerja pembinaan hendaklah membuang sampah mereka sendiri. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, penghuni atau pemilik bangunan akan bertanggungjawab.

 

Tapak Pembuangan Sampah MBAS

Sampah Perindustrian Pemilik industri hendaklah membuang sampahnya sendiri (jika sampah biasa) di tapak pembuangan sampah MBAS. Sekiranya bahan buangan ini mempunyai sisa toksik, sisa ini hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Tapak pelupusan/pembuangan sampah MBAS seluas 40 ekar terletak di Jabi iaitu 17 km dari Alor Setar. Pihak kami mengamalkan sistem 'sanitary landfill' untuk memberi keselesaaan dan kesejahteraan kepada orang ramai.
MBAS menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana sektor swasta untuk membuang melupuskan sampah sama ada menggunakan perkhidmatan lori yang disediakan oleh MBAS ataupun menggunakan lori sendiri. Untuk memohon perkhidmatan ini, anda hanya perlu mengisi borang yang boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan Perbandaran di Ibu Pejabat MBAS.

 

Larangan Membuang Sampah

Setiap pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya :

  • Membuang sampah merata-rata
  • Melonggokkan sampah di bahu jalan, tanah lapang atau di perkarangan bangunan
  • Membakar sampah di tempat-tempat awam

 

KEKALKAN KEBERSIHAN KE ARAH KEINDAHAN PERSEKITARAN

class="content_font"Kebersihan asas kesihatan. Oleh itu kekalkan kebersihan Bandaraya Alor Setar. Hindarkan dari tabiat membuang sampah merata-rata. Sikap mengotorkan alam sekitar akan hanya mencemarnya dan bakal menimbulkan penyakit. Bantulah diri anda dengan membantu MBAS. Amalkan kebersihan ke arah kehidupan yang selesa dan sejahtera!