MENU

Lesen Rumah Tumpangan

Cara Mendapatkan Lesen

  • Dapat dan isikan borang permohonan lesen dengan lengkap
  • Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Hantarkan/Serahkan permohonan
  • Dapatkan akuan penerimaan dan nombor pendaftaran
  • Tunggu temuduga/pemeriksaan tempat perniagaan
  • Tunggu keputusan
  • Lulus
  • Tunaikan syarat-syarat
  • Sediakan gambar dan bayaran lesen
  • Dapatkan lesen yang sah untuk mula berniaga

 

Tujuan Melesenkan Perniagaan

  • Untuk maklumat rekod bagi mengawal dan merancang pembangunan perniagaan di kawasan pentadbiran MBAS.
  • Mengawal mutu kesihatan awam.
  • Memastikan mutu dan keselamatan barang atau makanan yang diniagakan terjamin.
  • Mengawal daripada kacauganggu dan pencemaran alam sekitar.
  • Memastikan tapak perniagaan selamat dan sesuai dari segi kesihatan dan persekitaran.

 

Perniagaan Tanpa Lesen Satu KESALAHAN

Di bawah Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 menjalankan perusahaan tanpa lesen adalah merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan berikut :

  • Kompaun tidak lebih dari RM 500.00
  • Merampas barang-barang perniagaan.
  • Mendakwa peniaga di mahkamah.

 

Mempunyai Lesen Tidak Semestinya Terlepas Dari Tindakan

Anda dikehendaki mematuhi segala undang-undang berkaitan yang lain. Contoh kesalahan yang boleh didenda seperti :

  • Tidak menjaga kebersihan diri, makanan premis.
  • Tidak memakai tutup kepala dan apron.
  • Membuang sampah merata-rata dan lain-lain.

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 23 September 2018 - 9:02am