MENU

Unit Kesihatan Awam

Kumpulan ini diwujudkan untuk membantu Bahagian Kesihatan Awam dari segi penguatkuasaan peraturan yang bersangkutan dengannya. Kumpulan ini akan berganding bahu dengan bahagian berkenaan dalam menjalankan tugas seharian mereka. Antara aktiviti kumpulan ini ialah tindakan penguatkuasaan mengenai hal yang bersangkutan dengan perkara-perkara tersebut di bawah :

  1. Iklan dan sepanduk
  2. Pasar awam dan swasta
  3. Kedai gunting/kerinting rambut dan Unisex
  4. Bengkel dan industri
  5. pencemaran
  6. Bazar malam dan pagi
  7. Jualan buah bermusim
  8. Haiwan merayau
  9. Rumah urut
  10. Perniagaan kereta baru/terpakai
  11. Perniagaan barang lusuh

 

Unit Kesihatan Awam

Sebenarnya kumpulan ini dikhaskan kepada dua kakitangan di Bahagian Penguatkuasa dan membuat tugas penyeliaan. Di samping tugas penyeliaan, mereka juga membuat tugas-tugas pentadbiran yang lain serta membantu apabila tugas memerlukan khidmat mereka. Dua orang Penguatkuasa Rendah Gred (N9) menjalankan tugas-tugas ini. Selain dari tugas pengiring juruwang Majlis, tugas mereka ialah :

  1. Jadual tugas bulanan anggota
  2. Laporan bulanan
  3. Mengatur operasi rampas/pemeriksaan, dll.

 

Zon Penguatkuasa

Kawasan-kawasan di bawah penguatkuasaan MBAS dibahagikan kepada zon-zon tertentu untuk memudahkan pengurusan.

ZON A

  • Jalan Putra hingga Alor Janggus.
  • Jalan Gangsa hingga Jalan Suka Menanti.
  • Jalan Pantai Johor hingga Gunung Keriang.
  • Jalan Sultanah dan Sultanah Sambungan.
  • Jalan Tunku Abd. Rahman hingga Jalan Dato’ Syed Omar.
  • Pasar Peremba dan Pasar Kampong Berjaya.

ZON B

  • Jalan Sultan Badlishah.
  • Jalan Stadium, Jalan Pintu Sepuloh, Jalan Tambang Badak.
  • Lebuhraya Darul Aman hingga Pantai Johor.
  • Pasar Jalan Tunku Abdul Halim dan Jalan Tun Razak

ZON C

  • Jalan Langgar hingga Pokok Sena.
  • Jalan Hutan Kampong hingga Bukit Pinang.
  • Pantai Johor hingga Kepala Batas.
  • Jalan Datuk Kumbar.
  • Jalan Tanjung Bendahara hingga Alor Mengkudu.
  • Jalan Tunku Ibrahim.
  • Pasar Pokok Sena dan Langgar

ZON D

  • Jalan Raja, Lebuhraya Sultan Abdul Halim hingga Kota Sarang Semut.
  • Jalan Pegawai, Pekan Melayu, Pekan Cina, Jalan Nagore.
  • Pekan Simpang Kuala hingga Kuala Kedah.
  • Pasar Simpang Kuala, Pasar Kuala Kedah dan Pasar Simpang Empat