MENU

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Piagam Pelanggan

1. Kelulusan pindahmilik pegangan akan diberikan dalam tempoh 1 minggu.

2. Keputusan pulangan balik cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 2 minggu.

3. Keputusan rayuan atau bantahan cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 4 minggu.

 

Komponen Jabatan
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keb.erkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

* Bahagian Penilaian

* Bahagian Pengurusan Harta

* Bahagian COB

* Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Penilaian

Bahagian Penilaian adalah merupakan salah satu bahagian yang penting dalam suatu Majlis Banda.raya. Ia merupakan nadi penggerak yang terpenting dalam menentukan pendapatan dalam bentuk cukai kepada sesuatu Majlis di mana ia memainkan peranan penting dari sudut Cukai Taksiran dan Caruman Bantu Kadar. Pendapatan ini adalah merupakan pendapatan terbesar sesuatu Majlis.

Bahagian Penilaian bergerak berdasarkan perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) selain daripada dasar-dasar yang dibubarkan oleh Majlis dari masa ke semasa. Bab 1 dan XV dari Akta 171, adalah merupakan bab yang terpenting dan perlu diikuti oleh Bahagian Penilaian. Selain itu, Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan juga perlu dalam proses Caruman Bantu Kadar.

 

Penyediaan Salinan Nilaian

Proses menyediakan satu nilaian untuk tujuan Cukai Taksiran di bawah Sek. 127 Akta 171 bagi tiap-tiap pegangan berkadar. Senarai Nilaian atau Penilaian Semula hendaklah dibuat tiap-tiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Sek. 137(4), Akta 171.

 

Cara-cara penilaian

Penilaian disediakan berdasarkan kepada cara-cara penilaian yang ditetapkan di dalam Akta 171, seperti berikut :

1. Berasaskan kadar sewa yang dipungut ke atas pegangan-pegangan yang berkenaan

2. Berasaskan kadar sewa yang dipungut atas pegangan-pegangan yang serupa/sebanding

3. Berasaskan kos atau keuntungan bagi pegangan-pegangan seperti stesen minyak dan hotel

4. Berasaskan maksima 10% daripada harga pasaran terbuka bagi lot-lot kosong

Cara-cara penentuan nilai tahunan ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan kepada kadar sewa pasaran pada sekaki persegi setahun (skp). Dalam penetapan nilaian tahunan ini Majlis berpandukan kepada perakuan sewa yang diterima daripada pemunya/penduduk pegangan-pegangan berkenaan serta kadar sewa semasa yang boleh diperolehi berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan tempat serta jenis pegangan-pegangan tersebut.
Bagi melicinkan proses penilaian semula Majlis telah membahagikan kawasan dan pegangan seperti tersebut di bawah dan pembahagian ini adalah menurut Seksyen 129, Akta171.