MENU

1. Bahagian Kediaman

- Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan

- Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

 

2. Bahagian Perniagaan

- Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan

- Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

 

3. Bahagian Perindustrian

- Bahagian dalam kawasan Perindustrian

- Bahagian luar kawasan Perindustrian

 

4. Bahagian Rumah Pangsa

- Bahagian Kediaman

- Bahagian Perniagaan

 

5. Bahagian Lot Kosong

- Syarat Kediaman

- Syarat Perniagaan

- Syarat Kediaman & Perniagaan

- Syarat Industri

- Syarat Kampung

 

Catitan

Lot kosong bersyarat pertanian adalah dikecualikan daripada kadar / cukai

Erti atau taksiran Nilai Tahunan dapat dirujuk di bawah Seksyen 2, Akta 171

 

Kadar Peratus

Dalam penentuan kadar peratus pihak Majlis telah mengkaji dari beberapa aspek yang tertentu supaya cukai taksiran 1993 lebih elastik dan lebih aktif lagi. Didapati kadar peratus yang digunapakai sekarang masih realistik dan fleksibel lagi. Aspek-aspek yang diambilkira di dalam penentuan kadar peratus ini adalah seperti berikut :

- Keupayaan membayar oleh pembayar cukai

- Kegunaan bangunan dan tanah (actual land usage)

- Aspek ekonomi dan sosial

- Spekulasi tanah

- Pembangunan sektor perniagaan dan perindustrian

- Pembangunan di luar bandar Alor Setar (Town Centre)

- Mempastikan ianya tidak membebankan kepada orang ramai

- Faktor alam sekeliling dan perkhidmatan-perkhidmatan bandar yang telah dijalankan dengan baik dan menyeluruh oleh Majlis selama ini

-Keperluan Kewangan Majlis

 

Pernomboran Dan Penilaian Ke Atas Pegangan Baru (O.C)

Memberi nombor pegangan ke atas bangunan-bangunan yang baru ketika proses pengeluaran O.C. Menyediakan penilaian ke atas pegangan-pegangan baru untuk tujuan Cukai Taksiran sebelum O.C dikeluarkan. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Bahagian Penilaian memberi sokongan untuk O.C:

Mengisi borang "Penyata Maklumat" untuk setiap unit bangunan yang dipohon pengeluaran O.C

Membayar wang pendaftaran nombor sebanyak RM5 bagi setiap unit bangunan

Membayar pendahuluan Cukai Taksiran untuk tempoh enam (6) bulan pertama (bagi skim perumahan sahaja)

 

Pulangan Balik Cukai (Pegangan Tidak Diduduki)

Memproses dan meluluskan permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran bagi pegangan-pegangan yang tidak diduduki atau kosong mengikut Sek. 162, Akta 171.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi

1.  Mengisi Borang Pulangan Balik Cukai

2.  Membuktikan

     -bahawa bangunan itu ada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki

     -bahawa segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seseorang penyewa (tenant) telah dibuat

     -bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah

     -bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut

     -bagi permohonan pulang balik yang dituntut untuk sesuatu tempoh dalam masa bangunan itu sedang dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula "bona fide" maka tidaklah perlu dibuktikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) di atas

3.  Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan kembalikan resit asal pembayaran cukai tersebut

4.  Membuat "Akuan Sumpah" pembayaran Cukai Taksiran sekiranya nama pemohon dan nama dalam bil. Cukai Taksiran berlainan.

5.  Membuat tuntutan Pulangan Balik pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis iaitu :

    -Permohonan Pulangan Balik untuk penggal pertama (Jan-Jun) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Julai tahun yang sama

    -Permohonan Pulangan Balik untuk penggal kedua (Julai-Dis) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya

Permohonan Pulangan Balik yang lengkap akan diproses dan diluluskan. Permohonan yang lulus akan dihantar ke Bahagian Kewangan untuk Proses Pulangan Balik Cukai sebanyak 75% dari cukai yang dibayar untuk tempoh kekosongan tersebut