MENU

Pindahmilik Harta

Iaitu menjalankan proses pindahmilik harta bagi pihak Majlis di bawah Sek. 160, Akta 171
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi :

1.  Memberi notis pindahmilik melalui "Borang I" atau "Borang J" mengikut mana yang berkenaan

2.  Memberi satu salinan "Borang 14-A" yang dikeluarkan oleh Pejabat tanah

3.  Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti bayaran

4.  Menjelaskan bayaran pindahmilik sebanyak RM20.00 untuk setiap unit yang dipohon

 

Penilaian ke atas pegangan pindaan

Iaitu membuat semakan penilaian atau pindaan penilaian ke atas pegangan-pegangan yang menjalankan apa-apa kerja yang melibatkan ubahsuai, diubah, diruntuhkan sebahagian atau dibina semula atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun. Pada kebiasaannya Bahagian Penilaian akan menerima maklumat ini dari Bahagian Bangunan atau pemilik bangunan sendiri.

 

Pembatalan Cukai Taksiran (Pegangan Roboh) Sek. 161, Akta 171

Iaitu membuat pengesahan dan meluluskan pembatalan Cukai Taksiran ke atas pegangan yang telah roboh atau pegangan yang dikecualikan dari Cukai Taksiran mengikut undang-undang atau polisi-polisi Majlis.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :

1.  Memberi notis roboh kepada Majlis dalam masa 15 hari dari tarikh robohnya pegangan berkenaan

2.  Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini (sehingga tarikh roboh) dan sertakan salinan resit bayaran Cukai Taksiran yang telah dijelaskan sebagai bukti bayaran

 

Penilaian Ke Atas Tanah Kosong

Iaitu membuat nilaian ke atas tanah-tanah kosong yang belum dimajukan di dalam kawasan Majlis bagi maksud Cukai Tanah Kosong di bawah Sek. 127, Akta 171. Tatacara dan prosedurnya adalah sama dengan nilaian untuk pegangan-pegangan yang mempunyai bangunan.

 

Penilaian Untuk Tujuan Caruman Bantu Kadar

Iaitu mengikut Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan. Penilaian dibuat ke atas bangunan-bangunan :

1.  Milik Kerajaan Persekutuan

2.  Milik Kerajaan Negeri

3.  Milik Badan-badan Berkanun

 

Perkhidmatan Maklumat

Iaitu memproses permohonan mendapatkan maklumat harta dari peguam atau pemohon individu. Antara maklumat yang lazimnya dipohon adalah seperti nama pemilik berdaftar, nombor lot, nombor geran, alamat pemilik atau lain-lain maklumat berkaitan dengan harta tersebut.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :

1.  Permohonan bertulis

2.  Bayaran perkhidmatan maklumat sebanyak RM10.00 bagi setiap unit yang dipohon

 

Bantahan dan Rayuan Cukai Taksiran

Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap bantahan bertulis di bawah Sek. 142, Akta 171
Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap rayuan ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan di bawah Sek. 145, Akta 171

Sila muat turun borang dibawah:

borang_penyata_pemilik.pdf

borang_i_b.pdf

borang_j.pdf

 

Fungsi Bahagian Pengurusan Harta
Pada 29 April 2001, Mesyuarat Majlis Penuh MPKS telah meluluskan cadangan penubuhan Bahagian Pengurusan Harta yang diketuai oleh YM Tunku Rizal Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Penolong Akauntan Kanan MBAS dengan dipertanggungjawabkan kepada 5 unit iaitu:

1.  Unit Perolehan Dan Setor

2.  Unit Pentadbiran Dan Keselamatan

3.  Unit Kompleks MBAS

4.  Unit Kompleks Sukan MBAS

5.  Unit Tempat Letak Kereta Dan Terminal

 

Fungsi Bahagian

1.  Merancang, mengurus, memproses, menyemak dan mengawal segala pesanan pengeluaran barang-barang serta bekalan secara berpusat (centralised) dengan tepat dan kemaskini.

2.  Memastikan setiap rekod harta dan inventori majlis dikemaskini dan bersamaan dengan rekod di Bahagian Kewangan bagi penyediaan akaun Majlis.

3.  Bertanggungjawab di dalam pengurusan pembelian dan perolehan dengan merujuk kepada tatacara pengurusan setor dan arahan perbendaharaan.

4.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan setor dalam menerima, merekod, menyimpan, mengeluar, mengangkut dan melupus aset dan stok Majlis.

5.  Memastikan keselamatan aset dan stok Majlis berada di dalam keadaan terkawal.

6.  Menentukan kriteria, syarat-syarat pendaftaran dan mendaftarkan individu, firma dan syarikat bagi membolehkan mereka berurus niaga dengan Majlis.

7.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks sukan (kolam renang) MBAS

8.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perakaunan kompleks dan tempat letak kereta.