MENU

Komponen Jabatan
Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan dibahagikan kepada 2 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pelancongan, Sukan & Komuniti
  • Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat 
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Pembangunan Komuniti & Perhubungan Awam

Peranan utama MBAS adalah untuk memberi perkhidmatan yang menyeluruh dan terbaik kepada seluruh warga Alor Setar. Peranan ini akan bertambah mencabar dengan perluasan kawasan pentadbiran Majlis kepada 950 km persegi. Selain itu, MBAS juga berperanan untuk mencapai negeri maju yang seimbang dalam sektor ekonomi, sosial, pembangunan, ilmu dan keagamaan. Peranan ini mencakupi aktiviti-aktiviti yang berteraskan khidmat kemasyarakatan di kalangan sektor awam, swasta, NGO, CBO, Pertubuhan Profesional, Persatuan-persatuan Beruniform dan sebagainya.

 

Fungsi Bahagian Sukan & Kebudayaan

Peranan utama bahagian ini mencakupi aktiviti-aktivi yang dapat membantu meningkatkan sektor sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan di kalangan sektor awam, swasta, NGO, CBO, Pertubuhan Profesional, Persatuan-persatuan Beruniform dan sebagainya.

Fungsi Bahagian Teknologi Maklumat

  1. Bahagian ini membantu mendapatkan maklumat yang terkini dalam usaha mengkomputerisasikan keseluruhan fungsi-fungsi Majlis melalui penggunaan teknologi berasaskan komputer.
  2. Mewujudkan sistem maklumat bersepadu dengan keadaan penyaluran yang berkesan.
  3. Membantu dalam pengwujudan dan pungutan hasil Majlis dan proses-proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan di peringkat negeri .
  4. Bertanggungjawab memastikan supaya Sistem Bersepadu Majlis dapat berjalan dengan lancar dan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan segera.
  5. Bertanggungjawab memastikan kesahihan data-data di dalam pangkalan data bagi data taksiran, sewaan, perlesenan dan sebagainya.
  6. Mengeluarkan bil-bil masa yang ditetapkan oleh bahagian-bahagian yang terlibat.
  7. Menyediakan laporan-laporan mengikut format-format yang telah ditentukan oleh bahagian-bahagian yang terlibat.
  8. Memberikan khidmat nasihat dan khidmat teknikal kepada kakitangan di semua bahagian di dalam Majlis.
  9. Mengawal dan membekalkan stok bekalan peralatan tulis komputer dan bil di Majlis.
  10. Memasukkan dan mengemaskini data kutipan serta taksiran melalui borang input yang diserahkan oleh bahagian berkenaan.