MENU

 

PERUTUSAN 
DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR SETAR

 

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera, Salam Muafakat Kedah, Salam Muafakat Bandaraya.

Selamat datang ke laman web Majlis Bandaraya Alor Setar.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, orang ramai dan pemegang taruh MBAS yang melayari laman web ini. Sejak dinaiktaraf status ke Majlis Bandaraya Alor Setar pada 28 November 2003, MBAS telah mencapai pelbagai kejayaan dan anugerah dalam dan luar Negara. Kejayaan-kejayaan ini akan terus dipertahankan dan dipertingkatkan lagi dengan kejayaan yang lebih meluas di peringkat global di masa akan datang.

Selaras dengan teknologi yang pantas berkembang, MBAS tidak terkecuali di mana Sistem Aduan di MBAS telah dinaiktaraf ke sistem yang lebih canggih serta medium penerimaan saluran aduan telah diperluaskan lagi menerusi Media Sosial seperti Whatsapp, Facebook, Wechat, Line dan lain-lain untuk memudahkan penduduk menyalurkan aduan dan diambil tindakan oleh pihak MBAS secepat yang mungkin. Penekanan yang ingin saya terapkan di bawah pentadbiran ini adalah tidak hanya menanti aduan disalurkan, malahan akan bertindak one step forward dengan konsep turun padang bagi mengurangi kadar aduan yang dilaporkan.

Pihak MBAS yang bergerak dalam satu pasukan atau Satu Muafakat Bandaraya, akan sentiasa meletakkan kehendak penduduk Bandaraya Alor Setar di hadapan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kemakmuran penduduk selaras dengan tagline MBAS, TRANSFORMASI MBAS DIHATI RAKYAT yang akan sentiasa mendahulukan kemakmuran rakyat agar lebih dekat dihati. 

Pembangunan yang mampan dan program Bandar Selamat di Bandaraya Alor Setar ini turut akan diperluaskan lagi bukan hanya di Pusat Bandar tetapi turut merangkumi 333km kawasan pembangunan MBAS bagi mencapai Muafakat Kedah kearah Bandaraya yang dinamik dan progresif serta dijulang identitinya selaku Bandaraya Warisan Dalam Taman, seperti cetusan YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

Akhir kata, saya menyeru seluruh penduduk Bandaraya Alor Setar dan warga kerja agar dapat membantu dan memberi sokongan dalam segala aspek demi meningkatkan kegemilangan Bandaraya Alor Setar.

 

YBhg. Dato’ Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad, DSDK., AMK., BCK.

Datuk Bandar

Majlis Bandaraya Alor Setar.