MENU

MISI

Majlis Bandaraya Alor Setar :-

" Memacu Kecemerlangan Majlis Bandaraya Alor Setar Yang Mapan berteraskan Organisasi Berkualiti, Inovatif, Responsif dan komited Kepada Pembangunan Lestari Untuk Mencapai Perbandaran Berdayahuni 2035  "

KENYATAAN MISI

Majlis Bandaraya Alor Setar setiap masa komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan stakeholder, khususnya dalam kawasan Bandaraya Alor Setar. Penyampaian perkhidmatan Majlis sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dan disepadukan dengan penggunaan sumber teknologi moden terkini, mengikut acuan dan kemampuan kewangan Majlis.

 

VISI

Majlis Bandaraya Alor Setar :-

" Mentransformasikan Bandaraya Alor Setar Sebagai Bandaraya Berdayahuni "

KENYATAAN VISI

Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa komited dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduk Bandaraya Alor Setar dari aspek infrastruktur, kemudahan berniaga, persekitaran taman perumahan yang kondusif, dan kemudahan awam. Usaha yang dijalankan dengan memperbanyakkan lokasi tempat berniaga di kalangan penduduk bagi tujuan mempertingkatkan taraf ekonomi dan sumber pendapatan mereka. Langkah-langkah untuk meningkatkan sumber pendapatan penduduk ini, dilaksanakan oleh MBAS dengan cara mempermudahkan proses pengeluaran lesen perniagaan.

Usaha pemantauan yang berterusan dengan memastikan kutipan sampah di lakukan secara berjadual, melaksanakan program gotong royong pada setiap ’area officer’, adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera di kalangan penduduk. Kolaborasi dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis, Anti Dadah Kebangsaan, Maritim, Imigresen, Kastam, Majlis Agama Islam, dan sebagainya adalah bertujuan menurunkan indek jenayah, salah laku dan gejala sosial. Langkah-langkah yang diambil oleh MBAS ini akan meningkatkan kehidupan rakyat yang sejahtera.