BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
- Memastikan aduan awam yang diterima akan disalurkan kepada Jabatan / Bahagian berkaitan dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Maklumbalas jawapan di Jabatan/Bahagian berkaitan diterima dalam tempoh 5 hari bekerja.
BAHAGIAN PELANCONGAN, SUKAN DAN KOMUNITI
- Menyediakan laporan bulanan penyewaan padang sebelum 15 haribulan tiap-tiap bulan
- Penghantaran dokumen PPKB kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Melaksanakan Program Khidmat Masyarakat bersama pihak berkepentingan sebulan sekali.
- BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
- Penyandang jawatan-jawatan gunasama samada berstatus tetap atau kontrak perlu melalui proses pertukaran dan penempatan semula tempat bertugas tidak melebihi tempoh 5 tahun.
- Mesyuarat Lembaga Tatatertib bagi tujuan membuat keputusan bersidang tidak melebihi tempoh 14 hari dari bermulanya aktiviti terimaan maklumbalas surat pertuduhan.
- Penghantaran dokumen persaraan yang lengkap ke bahagian Pasca Perkhidmatan JPA diuruskan selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh persaraan wajib.
- Aktiviti pengiklanan hingga aktiviti temuduga jawatan bagi satu jawatan diuruskan tidak melebihi tempoh 90 hari.
- Peratusan pencapaian kehadiran 7 hari berkursus atau lebih dalam setahun di kalangan pegawai tetap Majlis adalah sebanyak 80%.
- Aktiviti keputusan pemilihan calon kenaikan pangkat hingga aktiviti pengesahan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat MBAS dapat diuruskan tidak melebihi tempoh 60 hari.