- BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Memastikan pengendalian Mesyuarat Tetap dan Majlis Penuh dilaksanakan bermula 7 hari sebelum mesyuarat sehingga 7 hari selepas mesyuarat.
- Memastikan penyelenggaraan telah lengkap dilaksanakan dalam tempoh 10 hari selepas pengesahan Ketua Bahagian.
- Memastikan pengumpulan semula borang Kajian Kepuasan Pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh edaran.
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
- Penguatkuasa perniagaan tanpa kelulusan akan dijalankan 5 hari seminggu.
- Tindakan menurunkan banting tanpa permit dijalankan dalam tempoh 24 jam dari tarikh maklumat lengkap diterima.
- Memastikan 95% barang rampasan yang telah tamat tempoh tuntutan diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Memastikan 80% kerosakan ICT yang tidak melibatkan alat ganti ditangani dan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh borang kerosakan yang lengkap diterima oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
- Memastikan 90% permohonan pembangunan Sistem Aplikasi Baru atau cadangan peningkatan yang diterima dari jabatan/pengguna dibuat kajian.
BAHAGIAN AKAUN, BAYARAN DAN BELANJAWAN
- Pembayaran kepada pembekal atau kontraktor adalah dalam tempoh (7) hari dari tarikh aktiviti no.6 iaitu penyediaan bayaran secara EFT.
- Penyediaan belanjawan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk kelulusan Kerajaan Negeri Kedah adalah pada atau sebelum 31 Ogos tahun semasa tertakluk kepada Pekeliling atau arahan daripada SUK.
BAHAGIAN HASIL
- Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan dilayan tidak lebih 15 minit pada waktu biasa dan 30 minit pada waktu puncak.
- Memastikan bil-bil cukai taksiran diserahkan ke alamat premis selewat-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua.
- Mamastikan tunggakan cukai taksiran mencapai kutipan 50% daripada baki tunggakan awal tahun.