- BAHAGIAN PENILAIAN
- Proses penilaian bangunan tambahan perlu disiapkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari terima memo pelan pindaan sehingga nilaian disahkan.
- Menyiapkan proses nilaian cukai taksiran bangunan baru dalam tempoh 30 hari bekerja bermula daripada terima Borang F hingga penyediaan laporan bangunan baru.
- Proses penetapan penomboran perlu disiapkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari terima surat permohonan sehingga surat kelulusan penomboran dikeluarkan.
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
- Aset perlu didaftarkan dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
- Kelulusan penyewaan premis akan diberi dalam masa 14 hari bekerja selepas temuduga dijalankan.
- Proses sitaan ruang niaga akan dijalankan selepas tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan notis tunggakan
- Kelulusan tempahan Kemudahan MBAS dan UTC akan diberi dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Daftar profail kawasan pemajuan perlu didaftarkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong (Pemaju kepada Pembeli).
- Badan Pengurusan Bersama ditubuhkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong.
- Sijil pendaftaran dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh permohonan diterima.
- Aduan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Aduan yang diterima akan diserahkan untuk tindakan Jabatan berkenaan dalam tempoh 7 hari bekerja.
BAHAGIAN ARKITEK DAN KAWALAN BANGUNAN
- Memastikan kelulusan permohonan pelan tambahan dan pindaan diperolehi dalam tempoh piagam 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
- Memastikan kelulusan permohonan Pelan Setara (pagar dan awning) diperolehi dalam tempoh piagam 24 jam waktu bekerja bermula daripada semakan lengkap sehingga Kelulusan rasmi dikeluarkan..
- Memastikan wang pertaruhan dikembalikan dalam tempoh piagam 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
BAHAGIAN BANGUNAN BARU DAN PENGUATKUASAAN
- Penyediaan ulasan kelulusan pelan bangunan kepada OSC dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.
- Penyediaan surat kelulusan pelan bangunan dalam tempoh 7 hari daripada sempurna tunai syarat.
- Kelulusan permit sementara bagi kerja-kerja kecil bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada permohonan lengkap.
- Memproses kelulusan Bangunan Sementera dalam tempoh 60 hari sehingga mendapat keputusan mesyuarat.
- Memproses kelulusan Menara Telekomunikasi dalam tempoh 60 hari sehingga mendapat keputusan mesyuarat.
- Memproses kelulusan Papan Paparan Iklan (Billboard) dalam tempoh 60 hari sehingga mendapat keputusan mesyuarat.
- Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas bangunan tanpa kebenaran yang tidak boleh diluluskan di kawasan pentadbiran MBAS kecuali di atas rizab atau tanah kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Laman Utama
- MBAS
- Rakyat
- Perniagaan
- Pelawat