MENU
  • BAHAGIAN LANDSKAP & REKREASI

  • Permohonan kelulusan pelan landskap hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Tindakan memasang tag kekal di pokok yang termasuk dalam senarai inventori, dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh siap inventori bagi sesuatu lokasi. Proses inventori pokok teduhan dilaksanakan dengan kekerapan satu (1) tahun sekali.
  • Memastikan siasatan untuk setiap tindakan bagi aduan yang diterima yang melibatkan kerja-kerja pangkasan atau penebangan pokok di dalam kawasan penyelenggaraan MBAS diselesaikan dalam tempoh masa enam (6) hari bekerja.

    BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT DAN PROMOSI KESIHATAN
     

  • Menyelesaikan masalah berkaitan aduan anjing liar dalam tempoh 2 hari.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan aduan Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah dalam tempoh 2 hari.

    BAHAGIAN PERLESENAN

  • Proses kelulusan permohonan lesen komposit tidak berisiko yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan rasmi.
  • Proses kelulusan permohonan lesen komposit berisiko yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 30 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan rasmi.
  • Proses kelulusan lesen billboard yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima sehingga kelulusan rasmi.
  • Proses pengesahan syarat bagi premis makanan dalam tempoh 35 hari (hari bekerja) dari tarikh tamat tempoh syarat.

    BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR DAN PENJAJA
     

  • Memproses permohonan lesen gerai Majlis dalam tempoh satu hari bekerja.
  • Memproses permohonan lesen pasar sehari/malam yang diurus dan diselia oleh Majlis dalam tempoh 14 hari bekerja.