MENU

1. Bertukarlah kepada sarapan pagi bebas gula dan mulakan hari anda dengan sempurna!

Jika sarapan pagi anda mengandungi serat manis (Kellogg’s Frosties, Coco Pops dll) – Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih baik untuk diri anda. Jika anda sedang menikmati makanan serat, jangan maniskan dengan gula, susu pekat atau madu – tetapi cubalah kekacang, atau buah kering (aprikot kering, prun, kismis, yang masih bergula, namun selalunya anda akan mengurangkannya juga). Lain-lain sarapan pagi tanpa gula yang bagus ialah telur mata (diisi dengan hirisan lada benggala merah, kuning, hijau, bawang, cendawan butang dll), sedikit buahan segar dan secawan teh hijau – sungguh menyelerakan!

2. Cari alternatif lain untuk makanan kegemaran yang bebas gula.

Terdapat banyak produk/makanan bebas gula yang boleh anda dapati di dalam pasaran, penyelidikan melalui internet mungkin dapat membantu anda. Sebagai contoh mentega,kacang asli tanpa gula. Mentega kacang yang disukai sejak berzaman lagi mengandungi gula ( sesetengahnya mengandungi minyak sawit). Begitu juga minuman berkarbonat. Sebagai alternatif, sedikit penambahbaikan boleh dilakukan sekaligus membuang gula yang berlebihan.

3. Maniskan dengan Equal.

Anda lazimnya gemar menikmati kopi atau teh dengan gula, namun terdapat satu alternatif lain, contohnya Equal. Sekiranya anda dapatkan pek berasingan, anda boleh membawanya semasa makan di luar. Anda boleh memesan minuman tanpa gula, dan memaniskannya dengan Equal. Cadangan atau pilihan di atas tidak semestinya terbaik. Minuman tersebut juga mengandungi pemanis, dan tidak bagus untuk anda apabila diambil dalam amaun yang banyak. Lama-kelamaan, apabila anda berjaya mengubah tabiat ini, anda akan dapati bahawa minuman/makanan yang anda nikmati sekarang adalah terlalu manis sedangkan sebelum ini anda rasakan ia belum cukup manis.