MENU

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kerajaan menyasarkan peningkatan tenaga kerja wanita kepada 55 peratus pada 2015 berbanding 47.3 peratus tahun ini dengan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti taska, tadika dan pusat jagaan harian untuk membolehkan lebih ramai wanita keluar bekerja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kertas cadangan untuk menyediakan lebih banyak prasarana di tempat kerja akan dihantar ke kabinet dan seterusnya usaha akan diambil untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Diminta mengulas isu kekurangan pembantu rumah, beliau berkata, sudah tiba masanya warga tempatan dilatih untuk menjadi pembantu rumah kerana kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita mula mewujudkan agensi pembantu rumah warga tempatan kerana kita sudah bersedia cuma kekurangan tenaga kerja sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Ekspo Perdagangan Khas Wanita - Penghormatan Kepada Wanita Malaysia’ di sini hari ini.

Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm