MENU

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MBAS 2016

25 MEI 2017

DEWAN BESAR MBAS TINGKAT 7

Seramai 66 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2016 bersama 19 orang pesara telah diraikan pada 25 Mei 2017 bertempat di Dewan Besar MBAS Tingkat 7 sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MBAS bagi tahun 2016. Keistimewaan pada tahun ini, turut diwujudkan anugerah-anugerah Bandaraya bagi menghargai komuniti/penduduk Bandaraya Alor Setar. Anugerah-anugerah tersebut adalah Anugerah Pembangunan Kejiranan Hijau MBAS kepada Taman Angsana Pokok Sena, Anugerah Pemuliharaan Bangunan Warisan MBAS kepada Caffe Diem, Anugerah Pengurusan Taman Perumahan Terbaik MBAS kepada Taman Laguna Mas, Alor Mengkudu serta Anugerah Ikon Sukan MBAS kepada Encik Norhaimi Bin Ariffin, seorang tokoh sukan MBAS dari Bahagian Landskap & Rekreasi yang telah berjaya mengharumkan nama dalam bidang sukan sehingga ke peringkat Antarabangsa. Tahniah diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah.