MENU

Majlis Iftar Wargakerja MBAS bersama Yang Teramat Mulia Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Kedah

12hb Jun 2017

Dewan Besar MBAS 2017

           Memohon sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Tunku mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Iftar Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Bersama Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar 2017. Majlis turut dihadiri oleh wakil Menteri Besar, YB Dato' Dr. Ku Andul Rahman, YBhg Sohibus Samahah Dato' Murshid diRaja Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin (Mufti Kerajaan Negeri Kedah), YB Dato' Wira Haji Mohd Fuzi Mohaidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Ketua Pegawai Eksekutif Jakel Textiles Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Enviroment Idaman Sdn. Bhd selaku penaja bersama bagi Majlis ini dan hadirin-hadirat yang lain. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah telah perkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang kakitangan MBAS, kakitangan E-Idaman dan 100 orang anak yatim yang dipilih. Semogo usaha dan amalan mulia di bulan Ramadhan ini beroleh keberkatannya.