MENU

Kriteria penerima BR1M 2.0 adalah:

  1. Ketua isi rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah, menerima bantuan sebanyak RM500.

  2. Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan, menerima bantuan sebanyak RM250.

Bagi memudahkan pelaksanaan BR1M 2.0 ini, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November 2012 melalui atas talian atau kaunter:

  1. Pejabat Pembangunan Negeri

  2. Pejabat Daerah

  3. Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri

Mulai 29 September 2012, kerajaan mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram di dalam usaha untuk mengurangkan pengambilan gula yang menjadi penyebab masalah diabetes yang dihidapi oleh sekitar 2.6 juta rakyat Malaysia.

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat.

 

Sumber: Utusan Malaysia