MENU

Pada suatu hari, Jibril a.s. datang berjumpa Nabi s.a.w. dengan membawa bersamanya seekor Buraq (sejenis binatang tunggangan yang lebih kecil daripada baghal dan lebih besar daripada keldai).

Selepas itu baginda Mikraj ke langit. Di sana baginda berjumpa dengan beberapa orang nabi dan sempat bercakap dengan mereka. Mereka mengalu-alukan kedatangan baginda ke sana.

Nabi s.a.w. juga melihat syurga dan pelbagai jenis nikmat yang telah disediakan oleh Allah kepada orang-orang yang bertakwa.

Di samping itu baginda juga melihat neraka dan pelbagai jenis seksaan yang disediakan kepada orang-orang yang kafir.

Kemudian baginda naik ke atas Sidratul Muntaha untuk bermunajat kepada Allah, tempat tersebut tidak pernah dinaiki oleh nabi atau rasul yang lain, begitu juga malaikat yang paling rapat dengan Allah s.w.t.

Setelah itu Nabi s.a.w. kembali semula ke Mekah pada malam yang sama dalam keadaan dibekalkan dengan tenaga rohani yang sangat hebat.

Peristiwa tersebut menjadi perangsang kepada nabi supaya hati baginda tetap teguh, juga sebagai penghibur hati baginda dalam menghadapi penyeksaan Quraisy selepas kematian Khadijah, isteri baginda dan selepas kematian Abu Talib, bapa saudaranya pada tahun tersebut yang dinamakan dengan `Tahun Kesedihan'.

Dalam peristiwa tersebut, yang berlaku pada 27 Rejab sebelum Hijrah, kewajipan sembahyang lima waktu ditetapkan oleh Allah kepada umat Islam melalui Rasulullah s.a.w.

Sumber :- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0926&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz2ICQDtfBd