MENU

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA SEMINAR ICT PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2018

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA SEMINAR ICT
PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2018 
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Persatuan Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PIPM) akan menganjurkan Seminar ICT PBT Malaysia 2018 seperti ketetapan berikut :
                               Tarikh    : 22hb - 23hb Nov 2018 (Khamis dan Jumaat)
                               Masa      : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
                            Tempat     : TH Hotel and Convention Centre
                                               3860, Mukim Titi Gajah, 
                                               Daerah Kota Setar, 
                                               06020 Alor Setar, Kedah.
 
3.       Objektif dan matlamat penganjuran seminar ini adalah bertujuan sebagai sebuah platform perkongsian idea, teknologi maklumat dan pemerkasaan tadbir urus untuk semua perkhidmatan ICT PBT Malaysia. Kepelbagaian latar belakang penyertaan daripada semua PBT Malaysia, pastinya akan membawa kepada keberhasilan idea serta teknologi baru dan seterusnya meningkatkan kualiti tadbir urus perkhidmatan ICT Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia.

 4.       Untuk makluman tuan/puan juga, penganjuran seminar pada kali ini turut ditawarkan kepada semua skim perkhidmatan kerajaan terutamanya kepada kumpulan pengurusan sebagai sesi Kesedaran ICT (ICT Awareness) dan juga ‘Technology Update’ dan semua skim di bawah klasifikasi F - Sistem Maklumat Bahagian Teknologi Maklumat.

 5.    Sehubungan dengan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan sukacitanya menjemput wakil yang berkaitan daripada agensi tuan/puan untuk menyertai seminar pada kali ini. 

Sila mendaftar kehadiran anda melalui pdf :
PBT ICT Registration dan klik pada PDF tersebut atau klik pada link di bawah: 

ICT PBT SEMINAR 2018​

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 September 2019 - 2:40pm