MENU

 

KEJOHANAN FUTSAL MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2013

 

Syarat Penyertaan :-

Pandaftaran Pasukan ( Yuran Penyertaan ) adalah mengikut Ketegori Pasukan :

  • Kategori Terbuka [ RM 100.00 ]
  • Kategori Bawah 18 Tahun [ RM 50.00 ]
  • Kategori Antara PBT [ RM 80.00 ]

 

Setiap Pasukan mesti menyediakan jersy pasukan masing-masing. Setiap Pasukan mesti mendaftar 8 orang pemain. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja. Hanya pemain yang berdaftar sahaja yang dibenarkan bermain. Setiap Pendaftaran pemain hanya layak bermain untuk satu pasukan dan satu ketegori sahaja

Undang- undang Permainan:-

  • Peraturan-peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan FIFA & FAM
  • Keputusan Pengadil adalah muktamad
  • Bantahan permainan mestilah dibuat selewat-lewatnya 10 minit selepas perlawanan
  • Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00
  • Sebarang keputusan Urusetia Pertandingan adalah muktamad.

 

Hadiah-hadiah Mengikut Kategori:-

  1. Kategori Terbuka
    Johan = RM 4000.00 ( Piala Pusingan )
    Naib Johan = RM 2000.00
    Ketiga = RM 1000.00

  2. Kategori Bawah 18 Tahun:-
    Johan = RM 1000.00 ( Piala Pusingan )
    Naib Johan = RM 750.00
    Ketiga = RM 500.00

  3. Kategori Antara PBT:-
    Johan = RM 1500.00 ( Piala Pusingan )
    Naib Johan = RM 800.00
    Ketiga = RM 500.00

 

Waktu Permainan:-

1. Pusingan pertama dijalankan secara liga ( 7 minit + 1 minit + 7 minit ).

2. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke Pusingan seterusnya.

3. Pusingan kedua dan suku akhir dijalankan secara kalah mati (Pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalty jika keputusan dalam perlawanan berkedudukan seri).

4. Peringkat pusingan separuh akhir dan akhir akan dijalankan selama ( 10 minit + 2 minit + 10 minit ).

5. Ketepatan masa dan waktu perlawanan amatlah dititik beratkan oleh pihak penganjur.Penganjur berhak untuk mengambil tindakan terhadap pasukan yang tidak mengikuti ketetapan masa dan lewat.

6. Lain-lain Peraturan Pertandingan tertakluk kepada Jawatankuasa Pertandingan ( Sebarang keputusan adalah muktamad ).

--> Sila muat turun borang penyertaan *.pdf