MENU

Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M)

Pengenalan

Klinik Bergerak 1Malaysia merupakan idea kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar yang jauh daripada kemudahan klinik kesihatan statik  seperti di ladang, kampung tradisional dan perkampungan orang asli.

Konsep

KB1M berkonsepkan bas yang diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan perubatan dengan mengambil kira skop perkhidmatan, aliran pesakit, praktikaliti, keselesaan dan keselamatan petugas serta pelanggan.

Skop Perkhidmatan

  • Perkhidmatan rawatan pesakit luar termasuk rawatan kecemasan.
  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak (antenatal, postnatal, immunisasi, perancang keluarga)
  • Perkhidmatan pendidikan kesihatan, saringan, khidmat nasihat, aktiviti promosi kesihatan.
  • Rawatan susulan kes penyakit kronik.
  • Membuat rujukan kes di mana perlu.
  • Melakukan prosedur rawatan ringan.
  • Membuat notifikasi penyakit berjangkit.
  • Perkhidmatan sokongan asas makmal patologi (point of care test).
  • Pemberian ubat.

Petugas KB1M

  • Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Jururawat Terlatih
  • Jururawat Masyarakat
  • Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Pemandu Kenderaan

Jadual dan Waktu Operasi

Isnin-Jumaat

8 pagi – 5 petang (termasuk waktu perjalanan)

*Jadual lawatan adalah secara berkala ke lokasi yang ditentukan. Kekerapan KB1M membuat lawatan ke setiap lokasi ialah 2-3 minggu sekali.