MENU

Kepada semua pelanggan Majlis Bandaraya Alor Setar yang dihargai,

SILA MAKLUM  bahawa Pihak Majlis pada 15 Disember 2014 telah berdaftar sebagai ejen mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pihak Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dengan nombor pendaftaran : 001117528064.

Sehubungan dengan itu, kuatkuasa mulai 01 April 2015, Pihak Majlis akan menguatkuasakan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk sewaan premis dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis.

Untuk memastikan pelaksanaan (GST) ini dapat dilaksanakan dengan lancar, pihak Majlis memohon kerjasama daripada pembekal dan kontraktor Majlis agar dapat mengemukakan nombor pendaftaran cukai (GST) kepada pihak Majlis.

 

Bahagian Akaun, Bayaran Dan Belanjawan

Jabatan Kewangan

Majlis Bandaraya Alor Setar

Sila muat Turun Borang Istihar Pelaksanaan GST