MENU

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Kreatif, MBAS

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG KREATIF MBAS TAHUN 2018

  1. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua jenis kediaman iaitu rumah teres, rumah berkembar,rumah sesebuah,rumah teres dan rumah sesebuah jenis semi D,lot sesebuah di rumah pangsa/kondominium yang beralamat di dalam Majlis Bandaraya Alor Setar. Hanya pemunya berdaftar kediaman sahaja yang dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.Sekiranya penyewa berhasrat untuk menyertai pertandingan,penyewa hendaklah mengemukakan surat persetujuan bertulis daripada pendaftar.
  2.  Penyertaan pertandingan ini juga terbuka kepada semua jenis  bangunan pejabat swasta,hotel,restoran,kedai makan dan pasaraya yang beralamat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar sahaja.Hanya pemunya berdaftar bangunan pejabat swasta hotel,restoran,kedai makan dan pasaraya sahaja yang dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.Sekiranya diumumkan sebagai pemenang,hadiah hanya akan diberikan kepada pemunya berdaftar sahaja dan bukannya kepada penyewa penyewa lot di dalam bangunan pejabat swasta dan pasaraya berkenaan.
  3. Penyertaan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Kreatif ini adalah percuma.
  4. Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini adalah sebelum atau pada 2 September 2018 .
  5. Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengadakan lawatan tinjauan pada bila-bila masa sahaja (dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang) selepas tarikh tutup penyertaan.
  6. Peserta perlu melengkapkan borang pertandingan dan dikembalikan sebelum atau pada 2 September 2018 (sebelum jam 3.00 petang) di Bahagian Pelancongan,Sukan & Komuniti,Tingkat 9 Menara MBAS.
  7. Peserta perlu meneliti syarat dan peraturan pertandingan serta memahami aspek-aspek penilaian yang telah ditetapkan.
  8. Sebarang maklumat yang diberikan dalam boring penyertaan sekiranya didapati tidak benar,penganjur berhak membatalkan penyertaan tanpa sebarang rayuan.
  9. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  10. Hadiah akan dibahagikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
  11. Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebrang kos yang perlu ditanggung oleh peserta sepanjang menyertai pertandingan ini.
  12. Jumlah nilai cukai taksiran yang dimenangi tidak boleh ditukar kepada wang ringgit dan hadiah pemenang akan diberikan kepada tuan penama premis sahaja.
  13. Peserta bagi kategori pasaraya , restoran dan kedai makan mestilah mempunyai lesen perniagaan yang sah dari Majlis Bandaraya Alor Setar.
  14. Peserta bagi kategori rumah kediaman pula mestilah tidak mempunyai tunggakan cukai pintu / taksiran .
  15. Hadiah pengurangan cukai taksiran akan diambil kira pada cukai penggal pertama bagi tahun 2019 sahaja.
  16. kriteria adalah seperti berikut ;
    Kreatif : 
    Melakukan keunikan dan kepelbagaian reka bentuk menggunakan bendera,pembentukan mercu tanda,kekemasan susun atur bendera atau menonjolkan suasana keceriaan dan kemeriahan sambutan kemerdekaan.
    Daya tarikan:
    Menonjolkan kelainan seperti membuat bendera menggunakan bahan terpakai,menyerlahkan sambutan merdeka dengan mempamerkan bendera terbesar,terpanjang,terbanyak dan sebagainya.
    Nilai tambah​:
    Menterjemahkan hari kebangsaan seperti menyediakan slogan atau kata-kata patriotik dalam menaikkan semangat kemerdekaan dan cintakan Negara.
    Kemeriahan,kebersihan dan keceriaan.​
    Menonjolkan kemeriahan,kebersihan dan keceriaan dalam pengibaran Jalur Gemilang dengan menunjukan semangat patriotic,cintakan Negara dan tema kemerdekaan.
  17. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebelum 17 September 2018.

Sila Klik Link di bawah untuk mendapatkan Borang Penyertaan:
Borang Penyertaan
Kriteria Program

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 23 Ogos 2019 - 12:47am