MENU
  1. SAMBUTAN Hari Pekerja di negara ini bermula apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari pelepasan am bagi pekerja pada awal tahun 1970-an.

  2. Pengumuman itu dibuat ketika beliau merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 20 Mei 1972.

  3. Dr. Ismail menyatakan, keputusan itu dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi buat pekerja sesuai dengan cita-cita kebangsaan.

  4. Pengumuman itu dianggap penting kerana ia bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah secara tidak langsung menunjukkan Malaysia turut bersetuju dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang meluluskan 1 Mei sebagai Hari Pekerja atau Hari Mei.

 

Sumber (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0501&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm)