MENU

 

Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Matlamat Jabatan

Merancang dan mengawal pembangunan kawasan Bandaraya dengan mempertimbangkan sebaik mungkin aspek-aspek fizikal, sosial dan ekonomi sejajar dengan dasar Majlis dan Kerajaan Negeri serta menjalankan aktiviti-aktiviti perancangan selaras dengan Akta 172 (Akta Perancangan Bandar Desa 1976)

 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan bermutu sepanjang masa

 

Permohonan Kebenaran Merancang bagi semua jenis pembangunan kecuali:

- Projek-projek di luar kawasan pembangunan

- Projek-projek kerajaan

- Projek-projek keagamaan / persatuan

Kelulusan akan diberi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perancangan MBAS.

 

Kawasan Pentadbiran

1.  Kawasan perancangan meliputi keseluruhan Daerah Kota Setar iaitu seluas 666 km persegi.

2.  Ia meliputi kawasan gabungan Bandar Alor Setar seluas 92 km persegi dan 7 penempatan pekan-pekan kecil iaitu:

  • Kuala Kedah
  • Pokok Sena
  • Bukit Pinang
  • Simpang Empat
  • Kota Sarang Semut
  • Alor Janggus

 

Komponen Jabatan

Jabatan Perancangan Pembangunan dibahagikan kepada 4 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Rancangan Pembangunan
  • Bahagian Kawalan Pembangunan
  • Unit Pentadbiran