MENU

Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Komponen Jabatan

Jabatan Khidmat Pengurusan dibahagikan kepada 4 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Sumber Manusia
  • Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan
  • Unit Pentadbiran

 

Mewujudkan sistem kualiti dalam pengurusan kerja.
Menyelaras dan mengawal hal ehwal pentadbiran Majlis, pentadbiran am, pengurusan mesyuarat luaran dan dalaman Majlis serta perkara yang berkaitan dengan logistik dan bekalan dan sebagainya.

 

Fungsi Bahagian Sumber Manusia

  1. Bertanggungjawab terhadap pembangunan pengurusan sumber manusia MBAS dalam hal-hal keperluan perjawatan dan perkhidmatan untuk kakitangan.
  2. Memastikan setiap kakitangan diberi kursus dan latihan untuk memajukan diri dan mempertingkatkan produktiviti dari penghasilan tugas dengan cekap, bersih, amanah dan berkualiti. Memberikan ilmu dan kemahiran kepada kakitangan dalam menangani semua tugas yang dipertanggungjawabkan.
  3. Bertanggungjawab dalam membangunkan organisasi Majlis meliputi kajian perjawatan sedia ada dan keperluan pengwujudan jawatan baru, penentuan skim perkhidmatan serta penempatan dan pertukaran kakitangan.
  4. Melaksanakan perkara yang berkaitan dengan pencen, gaji dan elaun, cuti, pinjaman, tuntutan elaun pemangkuan, tangggung kerja dan sebagainya.
  5. Melaksanakan hal ehwal yang berkaitan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti peperiksaan, kursus dan latihan yang berkaitan.
  6. Memberikan khidmat nasihat, kaunseling dan khidmat teknikal pengurusan kepada kakitangan di semua jabatan dan bahagian Majlis