MENU

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti sepanjang masa kepada semua pelanggan dengan memastikan semua aduan dilayani dengan mesra dan saksama serta merealisasikan perlaksanaan Sistem Aduan Berkomputer seiring pembangunan IT.
  • Memastikan dasar MBAS difahami pelanggan, memelihara hubungan baik dengan masyarakat dan menanamkan semangat kerja berpasukan.
  • Membantu kearah pembangunan yang seimbang dalam aspek sosial, rohani, ekonomi dan pembangunan fizikal serta mesra alam sekitar selaras dengan taraf Bandaraya.
  • Membantu dalam mencapai pembangunan sukan, rekreasi, kebudayaan dan pelancongan dan seterusnya menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai pusat tarikan pelancong bagi aktiviti sukan, kebudayaan dan rekreasi.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan masyarakat dengan menitikberatkan pembangunan seimbang di dalam aspek sosial.

 

Misi & Visi

Misi
Memberi perkhidmatan yang efisyen kepada masyarakat dan meningkatkan hubungan baik dengan pelanggan yang bertunggakkan "Segalanya Berkualiti" dan dilaksanakan seiringan dengan pembangunan IT. Bagi memastikan kepuasan pelanggan, Persijilan ISO 9001 siri 2000 akan dipastikan kejayaannya.

Visi

'MENJADIKAN MBAS SEBUAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) YANG UNGGUL DAN BERDAYA SAING''

 

Piagam Pelanggan

  • Menerima semua jenis aduan dari pelanggan-pelanggan MBAS dengan adil dan saksama serta dilayan dengan ramah mesra.
  • Aduan-aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 7 hari sama ada melalui surat, telefon dan mesyuarat.
  • Melayani semua pertanyaan dari pelawat-pelawat dengan senyuman dan mesra.
  • Sebarang tempahan dewan, gelanggang permainan dan lain-lain kemudahan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari secara surat atau telefon