MENU

Jabatan Bangunan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Piagam Pelanggan

  • Kelulusan pelan bangunan akan diberikan dalam tempoh 12 minggu.
  • Kelulusan pelan jalan & parit, pembentungan, kerja tanah akan diberikan dalam tempoh 9 minggu.
  • Pengeluaran 'Sijil Layak Menduduki Bangunan' ( CFO ) akan dibuat dalam tempoh 2 minggu setelah semua dokumen lengkap dikemukakan.
  • Kelulusan pelan kerja-kerja pembaikan, pindaan atau tambahan bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu setelah semua dokumen dan pelan yang dikemukakan lengkap dan seterusnya tidak dirujuk kepada Jabatan Teknikal.

 

Komponen Jabatan
Jabatan Bangunan dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Bangunan Baru Dan Penguatkuasaan
  • Bahagian Arkitek Dan Kawalan Bangunan
  • Unit Pentadbiran

 

Fungsi Bahagian Bangunan Baru

  1. Memeriksa dan memproses untuk kelulusan semua pelan bangunan yang dipermasukkan oleh pemaju bagi memastikan kehendak dan keperluan Undang-undang yang berkaitan.
  2. Memeriksa dan memproses pelan jalan dan parit dengan kerjasama Jabatan Teknikal seperti JKR dan JPS untuk memastikan keperluan teknikal dipatuhi.
  3. Memeriksa dan memproses pelan bagi sistem sanitary najis dan peralatan kebersihan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  4. Memeriksa tapak pembinaan dan kemajuan kerja pembinaan untuk dipastikan pembinaan yang dijalankan mengikut syarat-syarat kejuruteraan yang telah diluluskan.
  5. Memeriksa bangunan, sistem jaringan jalan dan parit dan yang berkaitan dengan infrastruktur bagi tujuan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki Bangunan.
  6. Memberi bantuan nasihat secara teknikal, kepada pemaju berkaitan dengan pembinaan bangunan, jalan/parit dan pembetungan najis sejajar dengan berbagai keperluan/dasar/polisi majlis.
  7. Merancang, memanggil, tawaran, menyelaras, menyelia dan menyelenggara projek-projek khas yang dijalankan oleh Majlis.
  8. Mengawasi kerja-kerja tambun tanah dengan kerjasama Bahagian Undang-undang Majlis, selaras dengan Undang-Undang Kecil Kerja Tambun Tanah.