MENU

BAHAGIAN CAWANGAN POKOK SENA

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar
(Cawangan Pokok Sena)
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Tel       : 04-7823786
              04-7821840

E-mel  : pokoksena@mbas.gov.my

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan dan layanan yang terbaik serta berikrar bahawa rahsia kerajaan akan terpelihara sepanjang masa. Kami berjanji akan melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berusaha untuk memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan :

Unit Pentadbiran :
1. Semua pelanggan akan dilayan dengan layanan yang mesra dan cepat.

Unit Hasil :
1. Mencetak bil-bil semasa dan tunggakan untuk bayaran
2. Menerima bayaran cukai pintu dan bayaran lesen perniagaan

Unit Penguatkuasaan
1. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang
diperuntukkan kepada MBAS
2. Menggalakkan masyarakat berperaturan dan betertib dalam semua aktiviti
3. Keselamatan harta MBAS diutamakan
4. Memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut
peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
5. Memastikan penyelesaian dapat dibuat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai 

Objektif

  • Membantu melicinkan urusan pentadbiran serta pelaksana program-program MBAS di Daerah Pokok Sena
  • Meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan demi kesejahteraan warga Daerah Pokok Sena
  • Menjadi penggerak untuk mendapatkan hasil yang berpotensi di Daerah Pokok Sena

Misi

  • Menjadi pusat pentadbiran yang unggul bagi menjana hasil dan pembangunan fizikal
    ke arah cawangan yang maju, makmur dan sejahtera.

Visi

  • Menyediakan infrastruktur asas yang lengkap dan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan

Maklamat

  • Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga daerah Pokok Sena dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Fungsi Bahagian

  • Menerima bayaran cukai pintu
  • Memperbaharui lesen perniagaan, MBAS

Antaranya :-

  1. Lesen kedai / premis perniagaan (termasuk iklan)
  2. Lesen kantin sekolah
  3. Lesen rumah tumpangan
  • Menerima aduan awam

Waktu Urusan Pejabat

Waktu Urusan Kaunter Bayaran

(setiap hari bekerja kecuali cuti umum)

 Ahad hingga Rabu (8.00 Pagi hingga 4.00 petang)

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Oktober 2018 - 2:09am