MENU

Kedah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak tempat menarik yang terdapat di sana selain terkenal dengan sawah padi yang menghijau.  Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini. Ramai yang mencari tempat menarik di alor setar kedah khususnya tempat makan di sekitar alor setar. Antara tempat-tempat menarik di alor setar iailah seperti Balai Besar, Alor Setar, Balai Nobat, Alor Setar, Balai Seni Negeri, Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim, Kota Kuala Kedah, Masjid Zahir,, Menara Alor Setar, Muzium Negeri, Muzium Padi, Alor Setar dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir

Menara Alor Setar

menara

Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah Alor Setar dan ia menjadi mercu tanda yang mewakili pembangunan pesat di Kedah. Ia adalah menara ke-2 tertinggi di Malaysia dan ke- 19 di dunia. Ia dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Masjid Zahir

masjid

Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 di mana ia di antara masjid yang cantik di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar di mana rekabentuknya diilhamkan oleh lewat Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.