MENU

Istana Anak Bukit

anak bukit

Istana Anak Bukit merupakan tempat yang indah untuk pelawat kunjungi kerana ia dihiasi dalam gaya formal landskap yang unik dan cantik.

Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini.

Bandar itu terletak 93 kilometer ke utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 kilometer ke selatan sempadan Malaysia-Thailand.

Alor Star melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ayahanda Perdana Menteri kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Allahyarham Datuk Ahmad Badawi Abdullah, juga berasal dari Alor Star, walaupun lahir di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang.

Alor Star telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada Disember 21, 2003 oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Ini adalah antara tempat menarik di Alor Star.

 

Galeri Seni Lukis

galeri

Bangunan ini menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.