MENU

 

Pengangkutan

Darat : Teksi & Bas

GPS : 6.141034, 100.353893

Alamat :Terminal Bas Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan, Shahab Perdana 05150 Alor Setar, Kedah

 

 

 

 

 

 

 

Stesen Kereta Api Alor Setar

GPS : 6.114697,100.369892

Alamat  : Stesen Keretapi Alor Setar, Jalan Stesen, 05000 Alor Setar, Kedah

Laluan : KTM ETS, KTM Komuter

 

No Tel : 04-731 4045 (Stesen) ,  03-2267 1200 (Khidmat Pelanggan)

 

 

Udara

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar

GPS : 6.192028, 100.395028

Alamat : Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, 06200 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Kod Penerbangan AOR

No Tel : 04-714 6876

 

Air

Terminal Feri Kuala Kedah

GPS : 6.106631, 100.290107

Alamat : Jeti Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah

No Tel : 04-762 6295

No Fax : 04-762 4585

 

 

Destinasi Menarik

Kedah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi selain terkenal dengan sawah padi yang menghijau.  Alor Setar, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, Alor Setar antara bandar tertua di rantau ini. Ramai yang mencari tempat menarik di Alor Setar Kedah khususnya tempat makan di sekitar Alor Setar. Antara tempat-tempat menarik di Alor Setar ialah Balai Besar, Alor Setar, Balai Nobat, Alor Setar, Balai Seni Negeri, Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim, Kota Kuala Kedah, Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Muzium Negeri, Muzium Padi, Alor Setar, Rumah Kelahiran Tun Mahathir dan banyak lagi.

 

  • Menara Jam Besar

Adalah sebuah binaan yang mempunyai seni yang tersendiri dan berdiri teguh di hadapan Masjid Zahir sejak tahun 1912. Binaan ini dilihat berunsurkan kesenian Islam dengan bentuk bulan sabit merah dan kubah yang terbentuk indah. Walau bagaimanapun, terdapat ukiran pada bahagian pintu masuk Menara Jam Besar ini yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Hindu pada ketika itu.

Pada suatu ketika dahulu, Menara Jam Besar ini akan berbunyi sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu di Alor Setar. Ini akan diikuti dengan paluan gong atau nobat di Balai Nobat sebelum azan mula dilaungkan di Masjid Zahir.

 

  • Rumah Tok Su

Adalah sebuah rumah peninggalan era terdahulu yang telah mencecah usia sekitar 100 tahun. Terletak dalam sebuah landskap taman yang indah dengan kehijauan pokok-pokok disekeliling menceriakan lagi suasana kawasan rumah kayu tersebut. Rumah tradisional ini diberi nama Rumah Tok Su sempena nama pemiliknya yang terakhir dan ayahnya merupakan seorang ketua kampung.

Rumah kayu ini menjadi lambang kepada keindahan struktur binaan tradisional masyarakat Melayu. Bumbung yang beratap rumbia dan berdindingkan kayu meranti dibuat dengan cukup teliti di samping ukiran-ukiran indah pada bahagian beranda, ruang tengah, anjung, rumah ibu, dapur dan pelantarnya. Rumah ini juga pernah menjadi lokasi diadakan mesyuarat politik sebelum kemerdekaan negara.

 

 

Kedudukan rumah ini sebenarnya telah dialihkan dari lokasi asal iaitu Kampung Permatang Kerat Telunjuk yang terletak dalam sekitar 200 km dari Alor Setar (kedudukannya sekarang). Dibuka kepada orang awam sejak tahun 2001, rumah ini seringkali dijadikan lokasi penggambaran filem dan dokumentari.

Lokasi : Berhadapan Wisma Darul Aman, 05350 Alor Setar, Kedah

 

Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

 

Bayaran : Percuma

 

 

 

  • Menara Alor Setar

 

Merupakan menara telekomunikasi yang ke-2 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 165.5 meter. Menara ini telah menjadi mercu tanda yang popular bagi negeri Kedah dan menjadi salah suatu tempat menarik yang harus dikunjungi. Menara ini telah menarik tumpuan ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara.

 

Terdapat juga Balai Cerap yang dikenali juga sebagai Observation Deck (Pelantar Pemandangan Tertutup) dan terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah. Keindahan menara ini juga terserlah kerana dikelilingi oleh lanskap yang sangat menarik. Keindahan keseluruhan Bandar Alor Setar dapat dilihat oleh orang awam melalui Pelantar Pemandangan Terbuka (Star View) yang telah dibuka kepada orang ramai.

 

Lokasi : Lebuh Raya Darul Aman, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah.

 

Waktu Operasi : 9:00 am – 10:30 pm 

 

 

 

  • Muzium Padi

Terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Muzium ini merupakan muzium padi yang ke-4 yang dibuka di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di negeri Kedah yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.

Tarikan utama di Muzium Padi adalah reka bentuknya yang unik iaitu berbentuk silinder. Di tingkat paling atas muzium ini terdapat galeri lukisan yang sangat cantik dan pelawat dibenarkan duduk di satu platform yang akan membuat putaran 360 darjah secara perlahan untuk menikmati lukisan pemandangan sawah padi dan kawasan perkampungan era zaman terdahulu yang sangat cantik.

Lokasi : Muzium Padi, Lot 798 Jalan Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah

 

Waktu Operasi : Setiap Hari (9 am - 5 pm), Jumaat (Tutup buat seketika :12.30-2.30 pm)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Kompleks Pekan Rabu

 

Terletak di tengah-tengah pusat bandar Alor Setar. Bangunan Pekan Rabu yang tersergam indah ini menjadi ikon pelancongan yang menarik kepada para pelancong sejak dahulu lagi.

 

Bangunan empat tingkat itu turut disediakan kemudahan satu setengah parkir bawah tanah iaitu 203 unit ruang parkir kereta serta 118 parkir motosikal untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

 

Di sini terdapat pelbagai makanan tradisional Melayu yang dijual seperti kuah rojak, ikan pekasam, dodol durian, garam belacan dan pelbagai jenis kuih muih yang sedap dan menarik.

Di samping makanan, barangan lain yang turut dijual di sini adalah seperti pakaian tradisional, khidmat tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab serta produk industri kecil dan sederhana (IKS). Kebanyakan peniaga gerai di sini tidak meletakkan harga tetap dan masih boleh berunding untuk tawar menawar.

 

  • Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

 

Mahathir Mohamad adalah merupakan Bapa Pemodenan Malaysia dan bekas Perdana Menteri yang sangat terkenal dan dihormati di seantero dunia. Beliau dilahirkan di sebuah rumah kayu yang terletak bersebelahan dengan kilang ais di Seberang Perak.

Di sini, anda dapat melihat rumah yang masih dalam keadaan asal lengkap dengan perabotnya seperti kerusi, meja solek, perkakas dapur, almari dan sebagainya yang masih terjaga dengan baik.

Lawatan ke rumah bekas Perdana Menteri yang telah memberi sumbangan yang besar kepada negara ini dapat memberi motivasi kepada anak-anak untuk melakukan yang terbaik dalam menuntut ilmu dan mengikuti jejak langkah beliau.

Lokasi : 18 Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak, 05050 Alor Setar

 

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat (9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm), Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)

 

Bayaran : Percuma

 

 

 

 

 

 

  • Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara. Pelbagai maklumat saintifik dapat dipelajari disini kerana bahan-bahan pameran yang dipamerkan sangat menarik.

Bagi pelancong yang mempunyai anak-anak kecil yang bersekolah, kunjungan ke sini sudah pasti menyeronokan kerana penuh dengan pengisian ilmu yang bermanfaat untuk pengetahuan dan pembelajaran mereka.

  • : Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah

 

Waktu Operasi : Sabtu – Khamis (9.00am – 5.00pm), Jumaat (Tutup)

 

           

  • Rumah Merdeka

Merupakan rumah peninggalan bapa kemerdekaan Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Rumah ini diberi nama ‘Merdeka’ kerana di sinilah pelbagai urusan untuk mencapai kemerdekaan dilaksanakan termasuklah perbincangan tentang dasar kerajaan untuk memenangi pilihan raya yang pertama.

Rumah ini terletak di belakang Hotel Royale, Jalan Putera Alor Setar. Perabot-perabot rumah ini masih dijaga dengan baik dan diletakkan di tempat yang sama sepertimana kedudukannya pada zaman kehidupan Tunku. Selain itu, terdapat koleksi foto Alrmarhum, barangan peribadi dan cenderamata yang menarik yang dipamerkan disini.

Para pengunjung juga berpeluang menonton dokumentari yang dipasangkan di kaca tv yang mendedahkan banyak info menarik berkaitan Rumah Merdeka.

Lokasi : Jalan Putra, 05100, Alor Setar, Kedah

 

Waktu Operasi : Isnin Kecuali Semasa Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup), Selasa – Khamis (9.00am – 5.00pm), Jumaat (9.00am – 12.00pm, 3.00pm – 5.00pm) Sabtu & Ahad (9.00am – 5.00pm)

 

Bayaran Masuk : Percuma

           

  • Balai Seni Negeri

Mula dibina pada tahun 1893, bangunan yang kini menempatkan Balai Seni Negeri pada asalnya telah digunakan sebagai Mahkamah Besar pada tahun 1912. Bangunan ini adalah bangunan kerajaan moden yang terawal telah dibina di bandar Alor Setar.

Bangunan ini dirasmikan sebagai Balai Seni Negeri pada tahun 1983 sempena sambutan Perayaan Jubli Perak semasa di bawah pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1958-1983).

Antara yang boleh dilihat di Balai Seni ini adalah pameran koleksi ukiran kayu, karya khat dan karya lukisan yang telah dihasilkan oleh rakyat Kedah sendiri dari pengkarya kontemporari hinggalah veteran.

Lokasi : Jalan Putra, 05100, Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (Tutup Sebentar Pada          Pukul 12.30pm -2.30pm)

Bayaran Masuk : Percuma

           

 

 

 

 

  • Balai Besar

 

Merupakan sebuah rumah tradisional Melayu dengan reka bentuk bumbung yang Panjang. Balai ini telah dibina pada tahun 1896 oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah selepas bangunan asalnya dimusnahkan dalam peperangan dengan angkatan Bugis pada tahun 1770 dan seterusnya Thai pada tahun 1821. Bangunan ini dahulunya dibina sebagai tempat untuk menjalankan majlis rasmi Sultan Kedah.

 

Di sini, pengunjung dapat melihat sendiri kehalusan seni pertukangan kayu masyarakat Melayu yang terukir indah pada bangunan yang dibina menggunakan kayu cengal emas ini.

Lokasi : Balai Besar, 05000 Bandar Alor Setar Kedah

 

 

  • Balai Nobat

Terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar dan berhampiran dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri Kedah. Bangunan ini dibina pada tahun 1907 bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat daripada kayu dan berbumbung zink di era pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid.

Kini, Balai Nobat ini menjadi tempat penyimpanan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana yang bersaiz kecil, satu serunai dan satu gong.

            Lokasi : Balai Nobat, 05000 Bandar Alor Setar, Kedah

            Bayaran Masuk : Percuma

 

 

 

 

 

                     

 

 

           

  • Galeri Sultan Abdul Halim

 

Pada asalnya bangunan Galeri Sultan Abdul Halim ini berfungsi sebagai Bangunan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Pada tahun 2007 bangunan ini diubah sebagai galeri yang mempamerkan hampir 2000 koleksi peribadi Sultan Kedah termasuklah pakaian istana, hiasan istana, dokumen rasmi, dan carta keturunan keluarga DiRaja Kedah dari tahun 1136 hingga sekarang.

Galeri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Alor Setar ini dikelilingi oleh tempat menarik seperti Balai Besar, Masjid Zahir, Pekan Rabu, Menara Alor Setar dan Rumah Merdeka.

Lokasi : Galeri Sultan Abdul Halim, Jln Sultan Muhammad Jiwa, Alor Setar

 

Waktu Operasi : Ahad – Khamis (10.00am – 5.00pm), Jumaat & Sabtu (Tutup)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah adalah sebuah kota bersejarah yang telah dibina oleh orang-orang Melayu untuk melindungi negeri Kedah dan juga ibu negerinya, Alor Setar pada tahun 1771 oleh Sultan Muhammad Jiwa. Kota Kuala Kedah telah menjadi saksi serangan daripada Bugis, Siam dan juga Acheh. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.

 

Di sini pengunjung dapat melihat 60 koleksi artifak arkeologi termasuk batu bata asal kota ini, seramik, 13 buah peluru meriam dan 6 buah meriam yang dihasilkan pihak Inggeris yang sudah berusia lebih daripada 100 tahun.

Lokasi : Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah, Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara), Kampung Seberang Kota, 06600 Kuala Kedah

 

Waktu Operasi : Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (9.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 6.00 pm)

Bayaran Masuk : Percuma

 

  • Muzium Diraja Kedah

Terletak di dalam sebuah istana klasik yang pada suatu ketika dulu pernah diberi nama sebagai Istana Kota Setar, Istana Pelamin, Rumah Pelamin dan juga Istana Mak Wan Besar.

Istana ini dibina sewaktu pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Kedah pada tahun 1735 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu’adzam Shah II (1710-1778). Selain pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah, istana ini juga pernah menjadi tempat tinggal tentera Jepun sewaktu zaman pencerobohan Jepun ke Tanah Melayu.

Pada tahun 1983, struktur klasik ini mula dibaikpulih dan dijadikan muzium yang padat dengan info, foto dan koleksi artifak keluarga diraja.

            Lokasi : Medan Bandar, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat (Tutup Sementara 12.30 pm – 2.30 pm), Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha (Tutup)

Bayaran Masuk : Percuma

 

  • Gunung Keriang

Tidak jauh daripada Muzium Padi, tempat menarik yang seterusnya yang boleh dilawati adalah Gua Gunung Keriang.  Gunung Keriang yang setinggi 217.92 meter ini merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun)

Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu Kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaki bolehlah mendaki sehingga ke puncak gunung untuk melihat sebuah pemandangan hamparan sawah padi yang sangat cantik dan menarik. Selain pendakian, anda juga boleh melawat gua-gua batu kapur yang ada di gunung ini di mana di dalamnya terdapat pembentukan batuan kristal yang mengujakan.

Lokasi : Gua Gunung Keriang, 05150, Alor Setar, Kedah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Muzium Negeri Kedah

Adalah bekas Istana Kota Setar. Muzium ini dahulunya merupakan pusat pemerintahan baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II. Bangunan Muzium Negeri Kedah dibina pada tahun 1736 dan memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam.

Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, bangunan Muzium Negeri Kedah ini juga dikenali sebagai Istana Pelamin kerana menjadi tempat upacara perkahwinan di raja. Muzium Negeri Kedah menyimpan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan negeri Kedah Darul Aman.

Antara galeri tetap yang terdapat di muzium ini adalah Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Kebudayaan, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf serta Sudut Bahasa dan Sastera.

Lokasi : Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Setar, Kedah

 

Waktu Operasi : Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 am – 5.00 pm) | Jumaat (Tutup Sementara 12.30 pm – 2.30 pm)

Bayaran Masuk : Percuma

               

 

  • Masjid Zahir

Merupakan salah satu daripada 10 masjid yang tercantik di dunia. Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar dan merupakan antara Masjid yang tertua di Malaysia.

Dibina pada tahun 1912 hasil inspirasi oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II yang tertarik dengan rekabentuk Masjid Azizi yang terletak di Utara Sumatera. Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah.

            Lokasi : Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Taman Jubli Emas Alor Setar

Terletak di Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. Taman ini dibina sempena meraikan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 9 September 2008. Taman ini memaparkan keunikan negeri Kedah sejak 1000 tahun yang lalu. Terdapat Tugu Jubli Emas yang sangat menarik yang dikelilingi lima arca keris bagi melambangkan pemerintahan 50 tahun Sultan Abdul Halim.

Taman ini merupakan sebuah taman yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Di tengah-tengah taman ini terdapat sebuah kolam ikan yang sangat cantik dan dipenuhi oleh pelbagai jenis spesis ikan yang sangat jinak. Di sini para pengunjung boleh berjalan atau berjogging membuat satu pusingan mengelilingi kolam dan memberi makan ikan-ikan tersebut. Selain itu, pelbagai aktiviti untuk belia dan remaja seperti go-kart, papan luncur, payung terjun, menunggang kuda dan taman permainan turut disediakan di Taman Jubli Emas ini.

Lokasi : Kampung Suka Menanti, 05150 Alor Setar, Kedah

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Masjid Al-Bukhary

Terletak berdekatan dengan Lebuhraya Alor Setar Utara dan tidak jauh daripada bandar Alor Setar. Sebuah masjid yang sangat indah diinspirasikan daripada reka bentuk Iran dan Turki. Masjid ini memiliki 7 buah kubah berwarna biru termasuklah kubah utama yang berukuran diameter 14 meter. Minaretnya pula adalah dipengaruhi oleh seni bina Mesir dan Madinah.

Berkeluasan 4.96 ekar, masjid yang dibina di bawah Albukhary Foundation ini dapat menampung jumlah jemaah yang besar iaitu mencecah sehingga 15,000 orang pada satu-satu masa.

Lokasi : Jalan Langgar, Kedah, 05450 Alor Setar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penginapan

Hotel

  •  
  • Hotel Seri Malaysia
  • Hotel Sentosa Regency
  • Grand Alora Hotel
  • Ria Hotel & Convention Centre (TH Hotel) –

Lot 3860, Mukim Titi Gajah, Seksyen 2, Bandar Anak Bukit, 06020 Alor Setar

No Tel : 04-740 3602

 

Tambahan Maklumat Penginapan

 

  • Royal Signature

Jalan Lumpur, 05150 Alor Setar, Kedah

 No Tel : 04-735 7878

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Grand Crystal

No. 40, Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05100 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-731 3333

 

 

 

  • The Leverage Business Hotel Mergong

12, Jalan Lengkok Sari, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-735 5555

 

 

 

  • T Hotel Tandop

No.12 & 13 Kawasan Perusahaan Tandop Baru, 05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-771 8888

 

 

 

 

 

  • Rainbow Hotel

225, Kawasan Perindustrian Tandop, Jalan Lencong Barat, 05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-771 7998

 

 

  • AST Hotel

182, Taman Perindustrian Tandop Baru, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-772 2888

 

 

 

  • Dota Hotel

10, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Kawasan Perindustrian Tandop Baru, 05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-772 2368

 

 

 

 

  • Fuller Hotel

No. 1, Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu 10, 05100 Alor Setar, Kedah

No. Tel : 04-733 3999

 

 

 

  • Q Bintang Hotel

No.7-14, Taman Seri Astana Fasa 1, Jalan Langgar, 05400 Alor Setar, Kedah.

No. Tel : 04-787 7688

 

 

 

 

 

 

 

 

  • ASRC Hotel

No. 58, Lebuhraya Darul Aman, Taman Tunku Habsah, 05100 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-732 8313

 

 

 

  • JP Hotel@Jalan Stadium

1909, Jalan Stadium, Taman Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-731 5551

 

 

 

  • The Jerai Hotel Alor Setar

Lot 134-141 Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-733 5917

 

 

 

 

 

 

  • The Leverage Business Hotel Kuala Kedah

50, Taman Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-735 5555

 

 

 

  • Miramar Hotel

246, Jalan Seberang Putra, 05150 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-733 8144

 

 

 

  • Hotel Mesra

Batu 5, Jalan Langgar, 06500 Alo Setar

No Tel : 04-787 0501

 

 

 

 

 

 

 

  • Urban Inn

Kompleks Perniagaan Ampang, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar

No Tel : 04-771 9331

 

 

 

  • 38PC Hotel

38, Pekan Cina, 05000 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-700 7709

 

 

 

  • OYO 44053 El Zahra Moda Hotel

No. 58 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah

No Tel : 010-401 1393

 

 

 

 

 

  • T Premium Hotel

No. 5319 Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 012-587 7288

 

 

 

  • Hotel Darulaman Alor Setar

Lot 1590, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-734 1773

 

 

 

  • OYO 89976 Fins Hotel

No. 7-8, Taman Gunung Hijau, 05440 Alor Setar, Kedah

No Tel : 010-401 1393

 

 

 

 

 

 

  • T Hotel Anggerik

Jalan Anggerik 7, 226 Taman Anggerik 05050 Alor Setar

No Tel :04-771 9999

 

 

 

  • Green Town Hotel & Resort

No.12 Jalan Shahab 3 Terminal Bas Shahab Perdana 05100 Alor Setar

No Tel : 017-730 5089

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MOTEL

  • Bee Garden Motel

              No. 2512, 2513, 2514 & 2515, Kompleks Tunku Yaccob,

              Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah.

              No Tel : 04-733 5355

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Tanjak Motel

No.179 & 180 (GF), Jalan Shahab 5, 
Kompleks Shahab Perdana, Jalan Sultanah Sambungan, 
05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia

              No Tel : 04-733 1116

 

             

 

  • Seri Motel 2 – dah ok ada

No 179 & 180, Tingkat Bawah, Jalan Shahab 5, Kompleks Perniagaan Shahab Perdana 05150 Alor Setar

              No Tel :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • FNS Budget Motel –

No. 235 Tingkat 1 & 2, Jalan Shahab 2, (Jalan Sultanah Sambungan) 05350 Alor Setar, Kedah.

No Tel : 012-566 3377

 

  • Mesra Motel

  Batu 5 ¼ Jalan Langgar, 06500 Alor Setar, Kedah

  No Tel : 04-787 0501

 

 

 

 

 

HOMESTAY

Bil

Nama Homestay

Alamat

No Telefon

1

Villaria Alor Setar

No. 37, Jalan Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah

012-670 8077

 

2

Bee Bee Park

No. 1120 & 1121, Bee Bee Park, 05400 Alor Setar, Kedah

019-418 7178

3

Prosperity Motel/ Homestay

No. 597 & 598, Taman Pelangi Fasa 3, Jalan Kantan, 06600 Alor Setar

019-560 8295

4

Comfort Homestay

No. 286, Jalan Teratai Merah 2, Taman Berjaya, 05050 Alor Setar, Kedah

04-772 2286

5

Golden Villa Homestay

No. 43, 44, Taman Datuk Kembar, 05300, Alor Setar, Kedah

012-5041629

6

Wien Motel/Homestay

No. 285, Taman Berjaya Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar

016-434 9366

7

Ltk Homestay

23B, Lorong Kelompang, Jalan Bakar Bata, Alor Setar

016-403 4555

8

Jafila Resthouse

No. 85, Taman Rajawali Indah, Jalan Langgar, 05450 Alor Setar

 

9

Homestay Puteh Seroja

Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar

016-452 8498

10

WNS Homestay

No. 217 A, Jalan Mahkota, 05250 Alor Setar

04-731 4211

11

I-Homey Guesthouse

No. 158 Taman Berjaya, Lorong Teratai Merah 1, 05050 Alor Setar, Kedah

04-772 1333

12

Millenium Maison Home

1857R, Lorong Inai, Taman Bahagia, 05050 Alor Setar

012-476 7111

13

Lim Eng Teik

No. 45, Taman Selesa, Simpang Kuala, 05400 Alor Setar

 

14

MH Putih Indah Enterprise

No. 12, Taman Mas Indah, Titi Gajah, 06550 Alor Setar.

 

15

MH Putih Indah Enterprise

No. 13, Taman Mas Indah, Titi Gajah, 06550 Alor Setar.

 

16

Safira Homestay

No. 39A, Batu 6, Jalan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Alor Setar

 

17

Ina Dsukma Enterprise

No.I-990 & J 990 Jalan Kampung Kolon, Batu 10 1/2 , Mukim Jabi, 06400 Pokok Sena, Kedah

012-475 2181

18

Keriang Hill Resort Sdn Bhd

Mukim Gunung 06570, Alor Setar, Kedah

04-731 5233

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKANAN

 

Tempat makan menarik di Alor Setar

 

-seperti dilampirkan dalam folder Food Trail yang telah diemel-

 

 

BELI BELAH

EON BiG Alor Setar - (mohon dibuang daripada laman web kerana EON BIG sudah tidak beroperasi)

Alamat :
No. 99 Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar, Kedah (

Tel : 1300 80 2366
Email : customer.careline@aeonbig.com.my

Waktu operasi:
MON - SUN : 10:00 am - 10:00 pm

 

 

Masukkan

 

C-Mart Alor Setar

No 535 Jalan Teluk Wanjah
05200 Alor Setar

Kedah

No Tel : 04-735 0294

Waktu Operasi : 8.00 am-10.00 pm

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mydin Mall Alor Mengkudu (Mydin Hypermarket)

888, Jalan Alor Mengkudu,

Kampung Alor Mengkudu,

05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-731 0476

Waktu Operasi : 8.30 am-11.00 pm

 

 

 

Tesco Mergong, Alor Setar

Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Bandar Baru Mergong,

05150 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-734 1250

Waktu Operasi : 9.00 am-11.00 pm

 

 

 

Tesco Stargate

No. 1, Susuran Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah,

05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-771 3626

Waktu Operasi : 9.00 am-11.00 pm

 

 

 

Billion Supermarket

Bangunan Pasar Besar, Jalan Tunku Abdul Rahman,

05050 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-772 5190

Waktu Operasi : 10.00 am-10.00 pm

 

 

 

Pekan Rabu

Jalan Tunku Ibrahim,

Bandar Alor Setar,

05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi : 9.00 am-8.00 pm

 

 

 

 

 

TEMPAT IBADAT

 

Masukkan

 

Masjid Nagore Alor Setar

30, Jalan Penjara Lama,

Taman Pesisiran Tanjung Chali,

05000 Alor Setar, Kedah

 

 

 

 

PENDIDIKAN

 

  • Pengajian Tinggi

1. Universiti Tun Abdul Razak gantikan dengan nama Unitar International  University Alor Setar

558, Jalan Langgar,
05460 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel: +604 731 4305
Tel: +604 731 4305

umtech.as@gmail.com

 

2. Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH)

(mohon dibuang daripada laman web kerana Insaniah sudah berpindah ke luar kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setat)

Taman Wira Mergong, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-732 0163
Fax : 04- 732 0164

 

 

 

3. Open University Malaysia (OUM)

     Mohon masukkan tambahan perkara seperti di bawah

     No Tel : 04-720 1000
      No H/P : 019-265 3509 (Whatsapp)
      Email: alorsetar@oum.edu.my

 

 

Masukkan Tambahan Pengajian Tinggi

 

4. Institut Pengajian Tinggi Utara Antarabangsa (PETUA)

     2154-2159, Jalan Tunku Abdul Halim,

     Taman Tunku Habsah,

     05100 Alor Setar, Kedah

     No Tel : 04-735 8200

 

 

  • SC College

4, Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar,

     05100 Alor Setar, Kedah

     No Tel : 04-731 8333

 

  • Pusat Kemahiran

 

Masukkan

 

  1. Institut Kemahiran MARA Alor Setar (IKM)

Jalan Kota Tanah, 05050 Alor Setar,

Kedah Darul Aman
No Tel : 04-7729940
Fax : 04-772434
website :http://alorsetar.ikm.edu.my/
Gps Location:6.116917, 100.354665

  1. Institut Teknologi A.N.S Alor Setar

558, 256, Bandar Alor Setar,

05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

No Te : 04-731 4305

 

  1. Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

           Jalan Seberang Putra, Kawasan Perusahaan Mergong,

            05150 Alor Setar, Kedah

               No Tel : 04-730 9255

 

  1. Giatmara Alor Setar

Tingkat 2, Bangunan Kedai Mara,

Jalan Seberang Perak, Kedah,

05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-772 1303

 

 

 

 

 

  1. Alor Setar Nursing College

Kolej Kejururawatan Alor Setar,

Jalan Langgar Km 6, Kedah,

05460 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-739 6840

 

  1. Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

3138, Jalan Dato Haji Shuib 1/1,

Taman Sri Taman 2, 05350 Alor Setar, Kedah

No Tel : 04-732 7015

 

  1. Maahad Darul Hadis

Pusat Pengajian Darul Hadis,

Kampung Tok Keling,

05400 Alor Setar, Kedah

No Tel : 019-440 2769

Kemaskini Terakhir: Khamis, 26 November 2020 - 9:34am